09 October 2011

Saat diri hampir tersungkur...


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…




Maksudnya: Dan boleh jadi, kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( Al-Baqarah: 216)



Maksudnya: “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?( Al-Ankabut:2)

02 September 2011

Di Teratak usang itu....


Kemeriahan menyambut hari raya Aidilfitri tetap dirasakan dari tahun ke tahun walau pemilik
teratak usang itu sudah pergi meninggalkan kami. walaupun kemeriahan tidak lagi seindah waktu keci-kecil dulu, tapi kenangan lama tetap tersemat di memori. itulah kampung halaman yang saya cintai, Kg Bukit Betong, Kuala Lipis.

Masih teringat, waktu kecil2 dahulu, kamilah manusia yang paling gembira apabila pulang ke kampung. perjalanan memenatkan. kami sekeluarga menaiki pelbagai kenderaan dari kuantan untuk balik ke lipis, maklumlah, zaman dulu, kemudahan pengangkutan tidak banyak. kami akan menaiki teksi untuk ke bandar kuantan, kemudian bas dari kuantan ke jerantut, kemudian naik pula keretapi jerantut-lipis. dan oleh kerana kampungku di seberang sungai, kami akan menaiki perahu atau motorbot pula untuk sampai ke rumah wan...tapi sekarang kereta dah ada jambatan, jadi dah boleh masuk terus hingga kedepan rumah=)

Sesungguhnya manusia itu pelupa....



Sisa-sisa syawal masih berbaki banyak hari. marilah sama-sama kita mengisi syawal dengan puasa 6 di bulan syawal ini. Moganya Ramadhan yang berlalu pergi membawa diri kita kembali kepada pencipta kita dan mudah-mudahan juga kita dimatikan dalam keadaam khusnul khatimah-sebaik-bauk pengakhiran yang menjadi impian dan harapan setiap orang yang beriman.


Manusia ini sifatnya memang pelupa. lupa dalam banyak segi. dan krisis jiwa yang berlaku dalam masyarakat kita kini juga adalah disebabkan kita lupa. Lupa kepada pencipta kita, Allah. Allah telah berfirman mengingatkan kita dalam surah Al-Hasyr bahawa jika kita melupakan Allah, Allah akan melupakan diri kita sendiri.

31 July 2011

Agar Ramadhan berbuah taqwa




Alhamdulillah..berkesempatan juga saya menulis kembali di dalam blog ini..rasanya masa berlalu dengan begitu pantas sehingga sudah menjelang masuk ke bulan Ramadhan. Alhamdulillah, saat jari-jemari menaip ini, saya masih lagi diberi kesempatan umur untuk menyambut dan berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih membeeri kesempatan umur ini kepadaku..

Terasa nikmat pinjaman umur ini begitu berharga apabila tadi saya diberi kesempatan untuk melawat saudara yang baru meninggal dunia ketika sehari lagi Ramadhan menjelma. Mendengar talqin yang dibacakan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di kuburan tadi menyedarkan kembali bahawa setiap daripada kita akan kembali juga ke sana, tak kira tua atau muda..moga roh adik saudaraku, Anuar bin Rashid dicucuri rahmat Allah.

28 March 2011

All you need is patience!




MENURUT Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: “Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan.” Ibn Qutaibah menyatakan bahawa “Tidaklah seseorang dinamakan hakim (bijaksana) sehingga disekalikan antara ilmu dan amalan.” Hikmah juga bermaksud rahsia atau maksud yang tersirat yang kadang-kadang di luar jangkauan batasan akal manusia.

Justeru, ulama berkata: Kita disuruh mengkaji sebab tetapi tidak disuruh mengkaji hikmah. Walaupun begitu kadang-kadang hikmah dapat difahami dan diketahui walaupun tidak secara keseluruhannya.

Saya teringat kata-kata Dr. Mastura Badzis yang mengatakan bahawa kalau orang Arab, sewaktu di bulan biasa ( bukan bulan Ramadhan), mereka akan makan dengan selamba jer di hadapan orang yang berpuasa sambil berkata " xpe, anda akan mendapat ganjaran di akhirat kelak", sambil meneruskan makan ( mungkin sahabat-sahabat yang duduk di Mesir lebih arif). berbeza dengan budaya kita Masyarakat Melayu yang akan makan secara sorok-sorok di hadapan orang yang berpuasa. Apapun, itu bukan topik utama yang saya nak bincangkan pada hari ini. Apa yang saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat adalah bentuk tindakan tersebut, iaitu menundakan sesuatu atau menangguhkan sesuatu untuk mendapatkan yang lebih baik.