09 October 2011

Saat diri hampir tersungkur...


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…




Maksudnya: Dan boleh jadi, kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( Al-Baqarah: 216)



Maksudnya: “apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “ Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?( Al-Ankabut:2)



Dalam ayat yang saya nyatakan di atas, secara terang Allah memberitahu kepada kita, bahawa setiap sesuatu yang Allah limpahkan,yang Allah berikan dan Allah timpakan kepada kita semuanya adalah baik untuk kita. Setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi yang Allah sahaja maha mengetahuinya.

Kita pasti akan rasa sedih, kecewa apabila sesuatu yang kita idamkan dan kita ingini tidak dapat kita peroleh, lalu terdetik dalam hati kita, kenapa mesti kita yang ditimpakan ujian seberat ini, dan kadangkala kita menyalahkan orang lain atas sesuatu yang tidak dapat kita kecapi.
Namun sedarkah kita, bahawa setiap yang Allah tentukan untuk kita adalah ujian dari Allah untuk menguji keimanan kita…Dan setiap yang baik dan buruk itu adalah yang terbaik untuk diri kita. Saya teringat kata-kata seorang sahabat, “ Biarlah menangis dalam keadaan dekat kepada Allah, daripada ketawa dan gembira yang melupakan Allah”.

Saya dikelilingi dengan sahabat-sahabat dan rakan taulan yang diuji dengan pelbagi ujian…Diuji dengan masalah keluarga, diuji dengan masalah akademik sehingga kadang-kadang mereka hampir jatuh tersungkur….walaupun kadang-kadang mengalir juga air mata kerana kesakitan, tapi bagi saya menangislah jika itu akan melegakan. Setiap titisan air mata yang mengalir kerana kesusahan dan bersabar dengan ujian Allah itu, moga-moga Allah bayar setiap titis air mata kita di akhirat kelak.

Masya Allah, hebatnya mukmin itu, apabila dia hampir tersungkur, tetapi jika dia kembalikan segalanya kepada Allah, seakan ada satu aura ketenangan yang mengalir dalam diri, satu sumber kekuatan untuk dia bangkit kembali…

Bacalah Al-Quran..

Kerana dalam Al-Quran ada penawar bagi segala penyakit, penawar bagi segala kekusutan dan makanan rohani untuk kita…kerana kadangkala, rohani ini kita ini sudah terlalu lama kekeringan dan kekontangan, jauh dari Allah…

Dan saat kita diuji itulah…

Tanpa kita sedar…kita kembali kepada Allah…


Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu ( Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran” (Al-Baqarah:186)



iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram” ( Ar-Ra’d: 28)



Wahai manusia! Sungguh, telah datang kepadamu palajaran ( A-Quran) dari TuhanMu, penyembuh bagi penyakit yang ada dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman”( Yunus: 57)

Wahai hati-hati yang kekusutan,

Wahai hati-hati yang kekeringan,

Kemblilah kepada pencipta hati itu,

Kerana Dia lebih mengetahui akan ubatnya…..

Ingatlah ayat Allah yang berbunyi, jika kita lupa kepada pencipta kita, maka Allah akan melupakan diri kita……

Di kala kita sibuk mencari penawar kepada pelbagi krisis jiwa hari ini, kita memilih untuk menyelak teori-teori barat, sedangkan penyelesaiannya telah lama Allah titipkan buat kita..iaitu Al-Quran…

Bacalah….

Bacalah…

Bacalah…

Moga hati yang bengkok itu lurus kembali..Amin.