10 January 2012

What is the ultimate end of education??


Ketika di dalam kelas, seorang pensyarah yang amat saya hormati melontarkan pertanyaan kepada kami semua…..soalannnya berbunyi…

Dari mana datangnya saya? ( man aina ji’na?)
Kemana saya akan pergi? ( ila aina ji’na?)
Apa tujuan saya dihidupkan ( limaza ji’na?)

Mana dalil dari Al-Quran yang menjawab segala persoalan asas itu?

Erkk..anda rasa apa respon kami semua?adakah kami semua dapat menjawab soalan itu?..kalau pendidik tidak jelas tentang tujuan dan matlamat hidupnya sendiri, bagaimana nak bawa anak didik ke jalan yang betul? Umpama ingin melancong tetapi tempat yang nak dituju masih tidak jelas…itu sebenarnya persoalan asas kepada semua orang untuk dijawab.Anda pun jawab la ye..=)

Kesekian kalinya, mampukah pendidikan kita pada hari ini memberi jawapan kepada pelajar kita pada hari ini? Kata Imam Al-Ghazali, matlamat utama kehidupan adalah untuk mencapai kebahagiaan hakiki ( As-sa’adah al-haqiqiyah atau As-sa’dah al-ukhrawiyah), maka apa sahaja yang membawa kepada matlamat itu menjadi sebahagian daripadanya ( Anything which promotes the realization of the ultimate end ( paradise) becomes part of the end).



Tidak salah lagi, pendidikan memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah masyarakat. Kepincangan dalam sistem pendidikan akan melahirkan generasi yang juga pincang. Melihat kepada falsafah pendidikan negara kita yang diadaptasi daripada First World Conference on Muslim Education 1977, Makkah iaitu mana fokus utama adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual dan melahirkan Insan kamil iaitu insan yang sempurna. Namun adakah pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita ini mampu untuk melahirkan insan kamil?.Sistem pendidikan negara kita kini dilihat lebih berorientasikan “exam-oriented” yang fokus utama adalah dari sudut pembinaan intelektual. Sudah tentu ianya adalah satu perkembangan yang baik dari sudut kesedaran para ibu-bapa dalam kepentingan memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Namun, apakah output yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan kita?Mampukah sistem pendidikan kita menyelesaikan konflik dan krisis identiti dan dilemma yang berlaku pada remaja kita mutakhir ini? Apakah definisi “insan kamil” yang ingin dicapai boleh diukur dengan bilangan A yang sudah dicapai?

Sebagai seorang mahasiswa pendidikan, saya melihat isu ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan. Apabila para ibu-bapa berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen, siang dan malam, agar anak mereka mampu untuk mendapat keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan awam di negara kita, namun sudut rohani dan emosi anak-anak mereka diabaikan. Dengan masa pembelajaran pendidikan Islam dan moral di negara kita yang terhad, dan hanya dianggap sebagai nilai tambah dalam kurikulum, bukan subjek yang penting, malah tidak tersenarai dalam subjek wajib dalam UPSR mahupun SPM. Maka, pembinaan diri anak-anak tersebut sudah tidak seimbang lagi. Sedangkan di dalam Islam, matlamat pendidikan ini sangatlah penting. Al-Ghazali menyatakan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk membentuk akhlak dan adab yang mulia dan membuang sifat kejahilan dalam diri ( eradication of ignorance), manakala Al-Attas pula mengatakan bahawa tujuan menuntut ilmu adalah untuk menyemai sifat-sifat baik dalam diri sebagai seorang manusia. Hasil kepada pembelajaran itu sendiri adalah melahirkan insan yang soleh.

Sistem pendidikan kita yang berorientasikan pendidikan sekular ini diakui oleh ulama kontemporari umpamanya Al-Faruqi yang menyatakan bahawa sistem pendidikan ini memberi banyak keburukan kepada kepercayaan dan keimanan kita ( spiritual belief), cara berfikir ( the way of thinking), dan juga kualiti akhlak seseorang muslim itu. Walaubagaimanapun, itu bukan bermaksud jika sekarang ini, sistem itu tidak mampu melahirkan insan yang seimbang dan soleh, ia harus diubah dengan serta-merta, tetapi apa yang mampu kita lakukan adalah dengan mengharmonikan dan mengislamisasikan dengan ajaran dan pandangan Islam. Ini kerana umat Islam memerlukan memerlukan jurutera, arkitek, saintis, doctor dan lain bidang professional yang bukan sahaja mahir tetepi juga amin ( kuat dan amanah).

Nah, teori sudah diberikan namun aplikasinya sangat susah sekali. Dengan peningkatan masalah sosial remaja pada hari ini, mampukan kita mencari jalan yang tebaik untuk menangani krisis pada hari ini?? Tema hari guru pada tahun 2011 yang menggunakan perkataan 'transformasi' seperti menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem yang diguna pakai ketika ini. Mana tidaknya, peningkatan masalah juvana semakin membimbangkan. Semakin ramai remaja melihat sekolah sebagai satu 'beban' yang terpaksa digalas. Tahun 2008-2010 sahaja, lebih 152000 anak tidak sah taraf di negara kita. Program Transformasi Kerajaan yang merangkumi pelan hala tuju Malaysia menjelang 2020 yang menggariskan beberapa pelan tindakan berkaitan sistem pendidikan negara. Sasaran utama adalah untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dan bidang yang menjadi tumpuan adalah prasekolah, kemahiran asas literasi dan numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) dan peningkatan prestasi Pengetua dan Guru Besar. Mampukah ia mengatasi ataupun mengurangkan masalah ini?

Sebagai seorang bakal pendidik dan juga sebagai bakal menjadi ibu-bapa suatu hari nanti, saya diundang kerisauan, bagaimana agaknya zaman anak-anak kita nanti seandainya zaman kita ini sahaja cabarannya sahaja sudah tidak terkira. Haq dan batil sudah tidak dapat dibezakan, malah zina dan perkara-perkara mungkar sudah dianggap biasa. Kita berhadapan dengan peperangan pemikiran yang maha dasyat. Mungkin kita masih terselamat dari zina dan sebagainya, namun bagaimana dengan generasi seterusnya?.Semoga sinar Islam kembali menaungi negara dan diri kita. Dan posisi kita, bukan sekadar menunggu kegemilangan Islam datang, sebaliknya kita harus menjadi salah satu agen penyebaran kemenangan itu…..


“ Ilmu, kemahiran, dan segala pemberian yang datang daripada Allah tidak hadir secara percuma. Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan Allah itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.”-Tuan Guru Nik Aziz.

Sekadar perkongsian.Wallahu'alam.