18 January 2010

Apakah erti 4.0 flat??



Kisah pelajar kita...



“Amik ape?”


“emm, IRK ( Islamic Revealed Knowledge”).

“ major?”


“ Quran Sunnah” ( seperti nak tak nak jawab)


Orang yang bertanya pun seakan tidak percaya kerana identiti yang dibawa tidak mencerminkan pelajar jurusan agama.


Tetapi itulah pelajar Dean List setiap sem ( anugerah dekan)


Itulah pelajar IMTIAZ sewaktu peperiksaan STAM


A nya hanya diatas kertas.


Lain pula dengan pelajar di dalam bidang undang-undang:

“Hujung minggu ni free x?”


“jom r, kita keluar main bowling”


“ lepas tu kita terus gi tengok wayang”


“ ok..orait”


Begitu sibuk sekali bakal peguam dan professional di bidang undang-undang ini.


Walaubagaimanapun, peperiksaan mereka tetap mendapat keputusan yang membanggakan..


Persoalan yang saya hendak bawakan di sini adalah, di mana kesan pendidikan yang mereka pelajari terhadap diri mereka?


Punca masalah ini boleh dilihat daripada pelbagai dimensi. Kita harus berani mengakui masalah ini wujud, barulah kita boleh memperbaiki dan mengubahnya.


Apakah isi kandungan pelajaran agama yang kita pelajari hanya sekadar mengandungi fakta-fakta yang bersifat ilmiah tetapi gersang dengan roh tarbiah?


Satu persoalan..


Sejarah telah mengajar kita bagaimana pendidikan sebagai contoh di zaman sahabat dan khulafa’ Ar-Rasyidin telah berjaya melahirkan pemuda-pemuda yang mampu menjadi pemikir, pemimpin dan cendekiawan islam.


Umar bin Abdul Aziz..


Musáb bin Umair..


Ali bin Abi Talib..


Sultan Muhammad Al-Fateh..


Malah ramai lagi tokoh-tokoh yang para pemuda yang berfikiran jauh dan berkepimpinan ini.


yang mana ketika usia yang masih muda sudah memimpin umat Islam.


Di dalam Al-Quran sendiri banyak menceritakan tentang kisah pemuda yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan iman mereka. Seperti kisah Ashaabulkahfi yang meninggalkan amalan kaumnya yang jauh menyimpang dari agama Allah lalu ditidurkan mereka selama ratusan tahun.


Begitu juga kisah ashaabul ukhdud, pemuda yang tegar dalam keimanannya kepada Allah sehingga menyebabkan banyak masyarakat beriman dan menimbulkan kemarahan kepada penguasa sehingga ratusan orang dicampak ke dalam parit api.


Dan banyak lagi contoh-contoh kisah para pemuda lainnya, di antaranya assabiquunal awwalun ( orang-orang yang memeluk Islam di zaman Rasulullah), adalah para pemuda ( Abu bakar memeluk Islam ketika berusia 32 tahun, Saidina Umar r.a 35 tahun, Ali r.a. 9 tahun)

Namun pemuda hari ini sudah banyak kehilangan semangat seperti ini..

Belajar hanya untuk mencapai cita-cita dan memenuhi keperluan sendiri..


Bagaimana pendidikan nie sebenarnya??



Faith and Knowlwdge must go hand in hand


Pendidikan mestilah diasaskan oleh konsep tauhid yang menjadi teras kehidupan setiap orang Islam yang tidak memisahkan antara agama dan kehidupan harian dan melaksanakan tugasnya sebagai khalifatullah""


Prof Dr. Syed Ali Asyraf

7 cabang pendidikan dalam membentuk kesempurnaan jati diri remaja meliputi pendidikan keimanan, akhlak, fizikal, intelektual, psikologi, social dan seksual


Abdullah Nasih Ulwan, Tarbiyah Al-Awlad fi Islam


Itu adalah antara kata-kata beberapa ilmuan tentang perkaitan antara pendidikan dan keimanan. Saya teringat tentang satu buku yang baca tulisan ustaz Hasrizal yang bertajuk Rindu Bau Pohon Tin, di mana ada satu isu yang berlaku di dalam kelas diantara pelajar dan syeikh tentang topik yang mereka sedang pelajari.( boleh baca buku tersebut untuk mengetahui kisah dengan lebih lanjut) Namun apa yang menarik perhatian saya adalah kata-kata syeikh tersebut iaitu , Dr. Mustafa Abu Zaid kepada anak-anak muridnya.


“Kamu semua dengar sini. Aku mengajar kamu bukan kerana mencari duit. Aku bukan berdiri di sini bukan sebagai pensyarah. Aku adalah bapa, dan kamu adalah anak-anakku. Aku mengajar kamu agar kamu hidup menyembah Allah. Jangan jadi musuh Allah, apatah lagi musuh Allah berijazah syariah! Jika kamu melaporkan kepada raja sekalipun dan aku dihukum bunuh, ketahuilah bahwa syahidnya aku adalah kebanggaan isteri dan anak-anakku”. Wajah dan janggutnya basah dengan air mata.


“ Kelas tamat untuk hari ini. Kamu jangan datang ke kelas ini lusa, kecuali setelah kamu tahu apa maksud surah Al-Dzaariyaat ayat 56!


Ubudiyah kepada Allah……itulah butir hikmah yang Syed Mustafa Abu Zaid cuba maksudkan..


Maka, dalam menuntut ilmu, harus ada keikhlasan. Dan apa yang kita pelajari hendaklah kita amalkan dan kita sampaikan kepada orang lain.


Sedar VS tahu


Kesedaran itu terletak di mana?


Apa perbezaan di antara sedar dan tahu?


Sekadar tahu ilmu tersebut belum mencukupi..


Jika tiada kesedaran untuk mengamalkannya..


kerana kesedaran itu datang dari hati...



Kata Saidina Ali “ Manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur ( mimpi), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)”.


Apa yang dimaksudkan oleh Saidina Ali dengan terjaga ( tersedar) tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata hati ( di dalam dada).


Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tetutup. Apabila mati baru mata hati terbuka. Mata hati inilah disebutkan di dalam Al-Quran sebagai “ yang berada di dalam dada”


Firman Allah:

Apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? Sesungguhnya ( mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada” ( Surah Al-Haj 22:46)


Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka..


Dia akan melihat sesuatu bukan hanya dengan mata kepala malah disertai dengan pandangan mata hati.


Dan pandangan mata hati adalah pandagan yang paling tepat dan benar kerana ianya mampu untuk melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat, dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi.


kadang-kadang kita tahu sesuatu itu salah, tetapi kadang-kadang we are pretend that we dont know about that ( seolah-olah kita tidak tahu)..

sekadar perkongsian, mohon maaf sekiranya apa yang saya sampaikan bercampur aduk dan tidak tersusun..tapi inilah yang sebenarnya cuba saya sampaikan..moga ada manfaatnya.

saya tidak menghukum sesiapa, cuma menegur dan menasihati sesama kita kerana agama itu adalah nasihat..

dan orang yang menegur kita sebenarnya adalah orang yang sayangkan kita..

bukan orang yang terus membiarkan kita di dalam kelalaian. Wassalam..