Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya update blog yang dah lama tidak berusik ini...Syukur Alhamdulillah Allah masih memberi kesempatan kepada saya untuk terus bernafas dan hidup pada usia yang sudah mengjangkau 22 tahun ini.
Sedar tak sedar, usia sudah semakin bertambah..Bagaimana dengan amalan untuk hidup di negeri yang kekal abadi di sana?
" Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan yang khusnul khatimah" Amin.
Sebenarnya, pada cuti pertengahan semester yang lalu, hampir sebulan juga saya menghabiskan masa di rumah. Alhamdulillah, kali ini hajat saya untuk membantu emak dan abah di rumah akhirnya tercapai. Dengan keadaan mereka yang sakit tidak menentu, saya rasakan kepulangan saya ada hikmahnya pada kali ini.
Saya dapat merasai bagaimana seorang ibu dan ayah mencari rezeki untuk anak-anaknya. seringkali hati saya sebak melihat mereka, lantas membantu apa yang termampu..Sedikit khidmatku kepada kalian tidak pernah mampu untuk membalas segala budimu dalam
membesarkanku.
Alhamdulillah juga saya panjatkan kepada Allah, kerana saya sempat juga untuk menziarahi bumi tarbiah saya yang pertama, SMKA TAHAP di dalam cuti baru-baru ini..Sedar taksedar, sudah 5 tahun saya meninggalkan bumi itu. Tapi rasanya baru semalam saya menamatkan persekolahan di situ.
Sayangnya saya pada sekolah itu, hanya Allah yang tahu. Setiap kali saya pulang ke rumah, mata ini tidak akan terlepas memandang sekolah itu tatkala bas melaluinya. Sekadar melepaskan rindu..
Pada 9-11 April yang lalu, dapat juga saya menjejakkan kaki ke situ bersama adik-adik alumni dari pelbagai universiti. Dengan kertas kerja yang dihantar kepada pengetua oleh Syahir, akhirnya mendapat kelulusan daripada pengetua. Apabila berjumpa dengan cikgu-cikgu, rupanya besar harapan mereka pada kami untuk program tersebut.Apapun, kami cuba yang terbaik untuk program tersebut.
Walaupun masa hanya 2 hari, kami sempat mengadakan perjumpaan bersama semua badan ketua pelajar ( pengawas) dan ahli Persatuan Agama Islam ( Badan Dakwah) dan mengadakan sedikit LDK dan modul ringkas kepada mereka.
Dan pada malamnya, kami mengadakan sesi tazkirah kepada semua pelajar dan forum ala-ala forum Perdana Ehwal Islam. Temanya ialah rindu, rindu serindunya. Saya juga berpeluang untuk menjadi ahli panel pada malam tersebut. Walaupun rasanya baru pertama kali saya bercakap di hadapan lebih kurang 600 orang pelajar , namun peluang yang telah diberi saya tidak akan sia-siakan demi adik-adik yang sangat saya sayangi.
Semoga bumi TAHAP terus disinari dengan sinar iman dan terus menjadi Centre of Da'wah..Amin.
Forum Perdana Ehwal Islam
Dari kiri: Syed Ahmad Fadhli, Syahir Syafwan, Firdaus Abu Bakar dan Zuraida( Penulis)
Dari kiri: Syed Ahmad Fadhli, Syahir Syafwan, Firdaus Abu Bakar dan Zuraida( Penulis)
Walaupun saya terlepas sesuatu yang penting dalam hidup saya, namun Allah telah kembalikan semangat saya apabila saya kembali menjejakkan kaki ke situ. Saya juga sempat berjumpa dengan cikgu Nooraini, seorang guru Matematik Tambahan di sekolah. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang kepada saya berguru dengan seorang insan yang bukan sekadar guru, malah pendidik. Banyak kata-kata gikgu yang menyentuh hati saya dan membuat saya berfikir kembali atas segala tindakan saya sebelum ini. Terima kasih cikgu..
Segala yang berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita. Saya bersyukur kerana apa yang saya saksikan dan apa yang saya alami dalam hidup saya menjadikan saya sedar bahawa hakikat hidup ini hanya sementara...
Segala yang berlaku dalam hidup kita adalah yang terbaik untuk kita. Saya bersyukur kerana apa yang saya saksikan dan apa yang saya alami dalam hidup saya menjadikan saya sedar bahawa hakikat hidup ini hanya sementara...