02 January 2010

Serupa tapi Tak Sama






In The Name of Allah, Most Gracious and Most Merciful

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Hati manusia sentiasa berbolak-balik dan tidak tetap..Suatu hari, saya juga mengalami perasaan yang sama. Berbagai-bagai perkara berada di dalam fikiran saya..Ketika itu, saya membuka lembaran Al-Quran dan dan apabila saya buka, saya membaca maksud ayat dalam surah al-Kahfi ayat28. Allahuakbar, saya agak tersentak dan terkejut apabila mendapati ayat tersebut telah pun menjawab persoalan bagi segala kekusutan yang saya alami.



Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka kerana mengharap perhiasan dunia; dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti keinginannya dan keadaannya sudah melawati batas."


Kata Allah di dalam Surah Yunus ayat 57



" Wahai manusia, sungguh telah datang kepadamu pelajaran Al-Quran dari tuhanMu, penyembuh bagi penyakit yang ada di dalam dada, dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."


Juga di dalam Surah Al-Isra’ ayat 82 yang berbunyi:



“ Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat.


***********************************************************


Keresahan Hati



Di kala ini, saya menyaksikan di sekeliling saya berbagai perkara yang saya kira telah banyak juga berlaku di sekeliling sahabat-sahabat. Samada kita menyedarinya atau tidak, budaya kehidupan materialistik ( kebendaan ) telah mengalami kemajuan yang sangat pesat sehingga ia telah menjadi satu matlamat utama hidup kita.


Kita sudah tidak tahu matlamat hidup kita, kemana akan kita tuju selepas hidup ini.


Ataupun kita tahu tapi beranggapan bahawa kita akan hidup dalam satu tempoh yang agak panjang di dunia ini.


Saban hari kita melihat atau mendengar tentang kematian,


tapi kita masih seperti biasa walaupun mendengar berita-berita tersebut.


Sebab ianya bukan kita...


***********************************************************


Serupa tapi tidak sama



Situasi 1


“ada apa yang boleh akak tolong, xpe, meh akak buatkan dadih nie, pinjam bekas akak dulu pun xpe”..masyaAllah, baiknya akak ni.. ( Banyak lagi contoh yang menarik, tapi yang ni yang paling terbaru)


Kakak tersebut sangat baik bagi pandangan saya, ada memiliki sifat-sifat Small kindness, ada sifat suka membantu orang lain.


Sangat baik hubungan dengan masyarakat,


Bijak dan pandai, bersopan-santun,


Tapi, dalam masa yang sama,


Kakak tersebut bercouple( berpasang-pasangan),


Bergayut sehingga jam dua tiga pagi,


Tidak lengkap menutupi auratnya,


Pergaulan yang tidak dijaga.


Ada meninggalkan solat, ( mungkin tidak kesemuanya, tetapi saya masukkan contohnya)


Tapi yang saya pasti kakak tesebut memang baik!

***********************************************************************

Situasi kedua


Ali seorang yang sangat wara’ dan alim.


Dia seorang yang sangat menjaga hubungan dengan Allah, malah sangat menjaga ibadahnya.


Solat di awal waktu,


Istiqomah membaca Al-Quran setiap hari,


Qiamulailnya tidak pernah ditinggalkan,


Bak kata orang sekarang, calon terbaik untuk dijadikan suami..:)


Di satu sudut yang lain...


“ Ali, boleh tolong edarkan risalah ni tak?”

“ Sori, aku x boleh la, eh, aku gi dulu”


Ali tidak suka bergaul dengan masyarakat,


Suka buat hal sendiri,


Perihal masyarakat sekelilingnya tidak dipedulikan.


Sahabat sebiliknya tidak solat pun dia tidak menegurnya.


Atau ditegurnya tetapi dengan cara yang sangat tidak berhikmah.


Tapi Ali memang seorang yang sangat baik!


**************************************************************

Situasi tiga


Ketika perayaan tahun baru, ramai remaja yang duduk melepak-lepak dan pergaulan yang agak tidak terkawal..


Dengan gelak ketawa, dan kepulan asap rokok


Sambil mendengar konsert malam tahun baru yang disajikan

.

Ketika beberapa sahabat saya mendekati mereka, tiba-tiba salah seorang berkata,


“ xpe kak, awie kata, xpe rock, janji ingat tuhan”

Dipersetujui oleh rakan-rakannya.


Kemudian mengulang kembali ayat yang sama.


Situasi begini banyak saya lalui atau mendengarnya dari sahabat-sahabat. Mungkin saya dapat melihat suasana begini kerana saya pernah berada di satu tempat yang mengumpulkan para pelajar yang kesemuanya menghafaz Al-Quran, malah semuanya mempunyai asas agama. Kemudian saya dicampakkan pula di satu tempat yang berbagai-bagai latar belakang pendidikannya, daripada aliran sains, perakaunan mahupun agama.


Serupa tapi tidak sama…


Masing-masing mempunyai masalah yang seakan sama tapi berbeza situasi.


Kita harus kembali melihat sifat Islam itu sendiri, iaitu bersifat syumuliah..


Islam melengkapi hukum sunnatullah dan syariatullah ( bagi sahabat-sahabat yang tidak jelas, boleh rujuk laman web ust Hasrizal)


Ada kalanya, kita sudah bagus dari sudut sunnatullah seperti akhlak kita yang baik, berbudi bahasa, tetapi dari sudut yang syariatullah pula kita tidak lengkap ( seperti ibadah, aurat dsbnya), begitu juga sebaliknya..


Maka, kesemua yang berada di dalam situasi 1, 2 dan 3 harus cuba untuk memperbaiki diri..


Dan menerima teguran dari sahabat-sahabat kerana adakalanya kita terlalu ego dan sombong sehingga kita tidak boleh ditegur, atau ada sahaja hujah untuk membela diri walaupun sudah jelas kita yang bersalah.


Sekadar perkongsian dari saya..Moga ada manfaatnya..