17 January 2010

Darul Quran kembali menggamit


Setelah hampir satu sem setengah saya berada di UIA, kali pertamanya saya dapat menghadiri kelas ulangan Al-Quran bersama seorang ustaz yang berasal dari Pakistan. Sebelum kelas dimulakan, ustaz memberi kata-kata tasji' kepada kami dan mengingatkan kami kembali tentang adab-adab menghafaz Al-Quran, kisah-kisah berkaitan Al-quran dan akhlak-akhlak selaku penghafaz Al-Quran.

Sungguh, saya rindu pada suasana itu..suasana di Darul Quran yang saya rasai selama 3 tahun. Tempat yang paling tenang pernah saya jumpai, tempat yang banyak mengajar saya erti kehidupan, kematangan dan pengorbanan.

3 tahun dahulu...

"Nak masuk tahfiz, nak keje ape nanti?"

" Kenapa nak masuk tahfiz, kan dapat tawaran yang lebih bagus"..Ya, ketika itu saya mendapat tawaran daripada matrikulasi UIA, bidang Architecture and Enviromental Design.

Ketika itu tawaran daripada matrikulasi negeri sembilan juga menjengah

"fikir betul-betul, bukan senang nak dapat UIA"

namun, saya bersyukur kepada Allah kerana telah menggerakkan hati saya untuk menjejakkan kaki ke Darul Quran, bumi yang cukup barakah itu.

Bagi saya, nikmat menghafaz Al-Quran adalah nikmat yang cukup berharga.

dan memberi saya satu rasa kecintaan yang cukup mendalam terhadap Al-Quran.

ustaz berkata,

" you are the chosen from Allah, maybe you are not as intelligent as other people, but Allah has selected you to memorize His Word, and put Al-Quran in your heart"

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah terangilah hati kami dengan Al Qur’an, dan hiasilah akhlak kami dengan Al Qur’an, jauhkanlah kami dari api neraka dengan Al Qur’an, masukkanlah kami ke surgamu dengan Al Qur’an. Jadikanlah Al Qur’an sebagai teman di dunia, di dalam kubur sebagai penerang/teman , cahaya di atas titian (shirath), dan teman di dalam syurga, dan penghalang dan hijab dari api neraka, sebagai petunjuk untuk segala kebaikan dan tetapkanlah kami dlm kesempurnaan , anugerahkan kepada kami kemudahan dalam mengamalkan Al Qur’an dgn hati dan lisan, senantiasa cinta kpd kebaikan, kebahagiaan, kegembiraan atau keindahan iman.Amien