14 June 2014

Tipu Daya Iblis kepada Orang Awam

_Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang_

Baru-baru ni saya sempat mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh ustaz Dr. Zaharuddin di kawasan sekitar. kuliah adalah berkaitan dengan Fiqh perbandingan. Di akhir kuliah, ustaz ada membaca kitab yang bertajuk, Talbis Iblis atau Tipu Daya Iblis kepada Orang Awam, dikarang oleh Ibnu Qayyim Al-Jauzi.

Di dalam kitab tersebut, juga dibincangkan tentang tipu daya syaitan terhadap wanita. Antaranya adalah:

1 ) Menangguhkan mandi wajib selepas habisnya hadas besar. Contohnya, seorang wanita yang haidnya sudah habis pada waktu Zohor tidak harus menangguhkan mandi hadas sehingga masuk waktu yang seterusnya. Jika dia berbuat begitu, dia harus qada' solat yang sebelumnya.

2) Mandi dengan tidak memakai seurat benang pakaian di badan. Ini kerana, ia boleh mengikis sikap malu seperti yang dinyatakan di dalam hadith. Walaupun seorang, harus memakai kain sebagai tanda menghormati diri sendiri.

3) Menggugurkan kandungan. Jika keadaan memaksa berbuat begitu atas faktor kesihatan, haruslah dilakukan sebelum 120 hari.
 
4) Melayani dan bercakap dengan suami dengan perkataan dan tingkahlaku yang buruk

5)Menghadiri majlis ilmu, sehingga taksub dengan syeikh dan berjabat tangan dengan syeikh-syeikh mereka.

6)Sembahyang duduk sedangkan boleh sembahyang berdiri

7) Tidak menutup aurat sesama wanita

8) Tertipu dengan iblis dalam bab cantik dengan menjadikan cantik sebagai kiblat

9) Tidak solat jika terkena najis bayi

10 ) Menziarahi kubur pada malam nifsu syaaban.

Manakala tipu daya syaitan kepada manusia secara umum adalah:

1) menangguhkan taubat

Berkata dengan perkataan " Saufa" adalah tipu daya iblis yang besar dan panjang angan-angan

2) berjumpa bomoh -berpegang kpd pendapat tukang tilik, dan ahli tukang bintang dan peramal.


-semoga bermanfaat-