Bismillahirrahmanirrahim....
Sepertimana jika ingin membaiki enjin yang rosak, seseorang memerlukan kemahiran dalam bahagian-bahagian dalam enjin. Di mana perlu dibaiki, di mana perlu ditambah. Tersilap wayar dicucuk, terlonggar skru, maka tak hidup lah enjin tersebut….ini kan lagi manusia, mahkluk yang paling unik dan kompleks penciptaannya yang diciptakan oleh Allah…ingin menyelami, mendidik dan mendekati manusia, maka perlulah mengetahui tentang manusia, komponen-komponen dalam diri manusia yang terlalu unik untuk dikaji, agar apa yang kita ingin terapkan sesuai dengan tahap umur, dan tahap pemikiran mereka, sekaligus menunjukkan kehebatan penciptaNya, Allah. Saidina Ali juga ada berkata bahawa bercakaplah kamu mengikut tahap umunya…kenapa? Ya, kerana percakapan yang terlalu tinggi atau lebih dari tahap pemikiran yang sepatutnya akan menimbulkan konflik dan kekeliruan kepada si pendengar.
Imam al-Ghazali dan Ibnu Miskawayh bersetuju bahawa perkembangan dalaman atau jiwa (inner faculty) bermula sejak kanak-kanak. Al-Ghazali lebih menfokuskan kepada peranan ibu-bapa dan Ibnu Miskawayh pula menekankan tentang metodologi dalam pendidikan kanak-kanak.
Pendisplinan diri ( self-regulation)
Sebenarnya, pendisplinan diri amat penting dalam pembentukan diri seseorang. Seseorang kanak-kanak misalnya, jika tidak dididik daripada kecil untuk mendisplinkan diri, misalnya menjauhi perkara yang mesti mereka jauhi, mereka akan mengalami masalah tersebut secara berterusan dan menimbulkan masalah kepada masyarakat.
Pada umur kanak-kanak 3 tahun, mereka sudah pun mempunyai kebolehan untuk mengawal diri ( self-control). Misalnya, jika mereka ingin mencapai sesuatu permainan, itu adalah kehendak diri mereka sendiri, bukan lagi seperti semasa di usia 1-2 tahun, dimana kalakuan,pergerakan mereka adalah otomotik dan reflex daripada keadaan biologi mereka, contoh: menangis kalau lapar atau kena gigit nyamuk. Dan oleh kerana itu, Ibnu Sina menyarankan supaya usia 3 tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk mula mendisplinkan diri mereka.