31 July 2011

Agar Ramadhan berbuah taqwa




Alhamdulillah..berkesempatan juga saya menulis kembali di dalam blog ini..rasanya masa berlalu dengan begitu pantas sehingga sudah menjelang masuk ke bulan Ramadhan. Alhamdulillah, saat jari-jemari menaip ini, saya masih lagi diberi kesempatan umur untuk menyambut dan berada di bulan Ramadhan yang mulia ini. Terima kasih Ya Allah kerana masih membeeri kesempatan umur ini kepadaku..

Terasa nikmat pinjaman umur ini begitu berharga apabila tadi saya diberi kesempatan untuk melawat saudara yang baru meninggal dunia ketika sehari lagi Ramadhan menjelma. Mendengar talqin yang dibacakan oleh Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man di kuburan tadi menyedarkan kembali bahawa setiap daripada kita akan kembali juga ke sana, tak kira tua atau muda..moga roh adik saudaraku, Anuar bin Rashid dicucuri rahmat Allah.



Seperti kata-kata seorang ustaz, Ramadhan bukan bulan latihan, sebaliknya Ramadhan adalah bulan didikan. Dan buah daripada Ramadhan adalah taqwa yang dapat dikesan melalaui dua bentuk :
1) peningkatan akhlak ( hubungan dengan manusia)
2) peningkatan kualiti kerja, peranan atau tanggungjawab.

Di sini saya nyatakan sekali pelaksanaan puasa yang menepati Sunnah untuk peringatan bersama.

1. Memantapkan niat
2. Melewatkan makan sahur
3.meninggalkan menipu, percakapan kotor dan karut
4.Tidak berlebihan dalam berkumur
5.Menyegerakan berbuka puasa
6.Berpuasa dan tidak meninggalkan solat
7.Menghidupkan malam dengan terawih
8. Membayar zakat fitrah.


Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!