MENURUT Imam Ibn Qudamah al-Maqdisi: “Hikmah ialah gabungan antara ilmu dan amalan.” Ibn Qutaibah menyatakan bahawa “Tidaklah seseorang dinamakan hakim (bijaksana) sehingga disekalikan antara ilmu dan amalan.” Hikmah juga bermaksud rahsia atau maksud yang tersirat yang kadang-kadang di luar jangkauan batasan akal manusia.
Justeru, ulama berkata: Kita disuruh mengkaji sebab tetapi tidak disuruh mengkaji hikmah. Walaupun begitu kadang-kadang hikmah dapat difahami dan diketahui walaupun tidak secara keseluruhannya.Saya teringat kata-kata Dr. Mastura Badzis yang mengatakan bahawa kalau orang Arab, sewaktu di bulan biasa ( bukan bulan Ramadhan), mereka akan makan dengan selamba jer di hadapan orang yang berpuasa sambil berkata " xpe, anda akan mendapat ganjaran di akhirat kelak", sambil meneruskan makan ( mungkin sahabat-sahabat yang duduk di Mesir lebih arif). berbeza dengan budaya kita Masyarakat Melayu yang akan makan secara sorok-sorok di hadapan orang yang berpuasa. Apapun, itu bukan topik utama yang saya nak bincangkan pada hari ini. Apa yang saya nak kongsikan dengan sahabat-sahabat adalah bentuk tindakan tersebut, iaitu menundakan sesuatu atau menangguhkan sesuatu untuk mendapatkan yang lebih baik.
Di dalam istilah psikologi terdapat sesuatu yang dipanggil " delay of gratification" [ menundakan kepuasan ] iaitu kemampuan untuk menunggu dan bersabar untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. [ it is the ability to wait in order to obtain a reward or something that you want ]. Ia akan menjadi satu motivasi kepada seseorang untuk bekerja keras untuk mencapai sesuatu matlamat yang ingin dicapai. Dan ia memerlukan kepada kebolehan mengawal diri, kehendak yang kuat dan berdisiplin [self-control, will power dan discipline].
saya cuba menganalisis " delay of gratification" ini mengikut pandangan Islam. Ternyata banyak sekali ayat-ayat di dalam Al-Quran menagguhkan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran yang lebih baik. kita selalu mendengar " Dunia adalah kebun dan akhirat adalah tempat menuai"...apakah maksudnya itu? ya, dunia adalah tempat untuk kita mengumpul amalan, dan reward atau hasilnya akan kita rasai di akhirat. di situlah peranan Delay of gratification berfungsi, iaitu kita mampu untuk menahan diri kita dari godaan dunia, semata-semata untuk mendapatkan hasilnya yang kita yakini berlipat kali ganda dari kenikmatan dunia.
“Apakah kamu cukup puas dengan kehidupan dunia sebagai kehidupan akhirat? Padahal nikmat hidup di dunia ini (jika dibandingkan dengan hidup di) akhirat hanyalah sedikit.”
Antara contoh lagi adalah berpuasa, yang mana Allah menyatakan kepada kita tentang ganjaran yang akan kita perolehi, sebagai sumber motivasi dan penguat untuk kita berpuasa:
Dan dalam riwayat Muslim :
Setiap amal manusia dilipatgandakan kebaikannya sepuluh kali lipat semisalnya hingga tujuh ratus kali lipat, Allah berfirman : kecuali puasa sesungguhnya puasa aku yang membalasnya, ia tinggalkan syahwat dan makanannya hanyalah lantaran AKU. Bagi orang yang berpuasa terdapat dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa, dan kegembiraan ketika bertemu dengan Rabbnya, dan bau mulut orang yang berpuasa lebih harum disisi Allah dari bau kasturi"
Berjihad di jalan Allah :
" dan orang-orang beriman, laki-laki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong sebahagian yang lain. mereka menyurah berbuat yang makruf, dan mencagah dari yang mungkar, melaksanakan solat, menunaikan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka akan diberi rahmat oleh Allah. Sungguh, Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana ( 71). Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan mendapat tempat yang baik di syurga ' Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung. ( 72) : At-Taubah.
orang-orang yang berjaya :
(1) Sungguh, beruntung orang-orang yang beriman ( 2) iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya ( 3) dan orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna ( 4) dan orang yang menunaikan zakat ( 5) dan orang yang memelihara kemaluannya ( 6) kecuali terhadap isteri2 mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesunnguhnya mereka tidak tercela ( 7) tetapi barangsiapa yang berpaling, maka mereka itulah orang yang melampai batas ( 8) san sunnguh beruntung orang2 yang memelihara amanat dan janji2nya ( 9) serta orang yang memelihara solatnya (10) mereka itulah orang yang mewarisi ( 11) yakni akan syurga firdaus. mereka kekal di dalamnya
[ al-mukminun 1-11]
kesimpulannya: bersabarlah dalam beribadat kepada Allah untuk mendapat ganjaran yang lebih besar di akhirat kelak.
" islam is a comprehensive religion which encompasses both ad-dunya and al-akhirah, however, dunya must linked profoundly with akhirah and akhirah is the final and ultimate significance'
~sekadar perkongsian, wassalam~