10 March 2011

khas untuk para daei, bakal ibu-bapa


Bismillahirrahmanirrahim....

Sepertimana jika ingin membaiki enjin yang rosak, seseorang memerlukan kemahiran dalam bahagian-bahagian dalam enjin. Di mana perlu dibaiki, di mana perlu ditambah. Tersilap wayar dicucuk, terlonggar skru, maka tak hidup lah enjin tersebut….ini kan lagi manusia, mahkluk yang paling unik dan kompleks penciptaannya yang diciptakan oleh Allah…ingin menyelami, mendidik dan mendekati manusia, maka perlulah mengetahui tentang manusia, komponen-komponen dalam diri manusia yang terlalu unik untuk dikaji, agar apa yang kita ingin terapkan sesuai dengan tahap umur, dan tahap pemikiran mereka, sekaligus menunjukkan kehebatan penciptaNya, Allah. Saidina Ali juga ada berkata bahawa bercakaplah kamu mengikut tahap umunya…kenapa? Ya, kerana percakapan yang terlalu tinggi atau lebih dari tahap pemikiran yang sepatutnya akan menimbulkan konflik dan kekeliruan kepada si pendengar.

Imam al-Ghazali dan Ibnu Miskawayh bersetuju bahawa perkembangan dalaman atau jiwa (inner faculty) bermula sejak kanak-kanak. Al-Ghazali lebih menfokuskan kepada peranan ibu-bapa dan Ibnu Miskawayh pula menekankan tentang metodologi dalam pendidikan kanak-kanak.

Pendisplinan diri ( self-regulation)

Sebenarnya, pendisplinan diri amat penting dalam pembentukan diri seseorang. Seseorang kanak-kanak misalnya, jika tidak dididik daripada kecil untuk mendisplinkan diri, misalnya menjauhi perkara yang mesti mereka jauhi, mereka akan mengalami masalah tersebut secara berterusan dan menimbulkan masalah kepada masyarakat.

Pada umur kanak-kanak 3 tahun, mereka sudah pun mempunyai kebolehan untuk mengawal diri ( self-control). Misalnya, jika mereka ingin mencapai sesuatu permainan, itu adalah kehendak diri mereka sendiri, bukan lagi seperti semasa di usia 1-2 tahun, dimana kalakuan,pergerakan mereka adalah otomotik dan reflex daripada keadaan biologi mereka, contoh: menangis kalau lapar atau kena gigit nyamuk. Dan oleh kerana itu, Ibnu Sina menyarankan supaya usia 3 tahun adalah waktu yang paling sesuai untuk mula mendisplinkan diri mereka.

Compliance

Compliance adalah kebolehan seseorang untuk mentaati/mengikuti. Pada umur kanak-kanak 3 tahun dan keatas, mereka sudah mula mempunyai kebolehan untuk menuruti perintah ibu-bapa/guru/orang yang lebih tua. Menariknya, terdapat dua jenis compliance iaitu;

1) committed compliance:

kanak-kanak mengikuti arahan daripada orang yang lebih tua kerana faham kenapa mereka disuruh berbuat begitu, yang sekaligus akan memberi kesan yang lebih lama, samada orang tua ada atau tak bersama mereka, mereka akan buat. Contohnya, mereka tunaikan solat bukan semata-mata kerana kita suruh, tapi juga kerana mereka faham kenapa perlu solat, misalnya perintah Allah, Allah suka, dapat pahala, ,masuk syurga.

2) situational compliance

Kobolehan mereka mengikuti perintah ibu-bapa, tetapi disebabkan oleh takut kepada ibu-bapa, bukan kerana mereka faham kenapa kena buat begitu. Jadi, mereka hanya akan melakukannya di hadapan orang tua/ibu-bapa/guru.

Moral of the story: kerana itu, Ibnu Khadun menyarankan agar didiklah menggunakan cara yang lembut, memberi rasional dan sebab-sebab yang munasabah atas sesuatu perkara kerana jika kanak-kanak/remaja melakukan sesuatu kerana takut, mungkin sebab mak ayah, guru yang garang ( situational compliance), mereka berpotensi untuk menjadi pemalas, penipu dan pencuri.


Ketahanan daripada godaan /ujian:

Dari sudut psikologi, kanak-kanak harus dididik untuk menahan godaan. Mereka harus diajar untuk menjauhi perkara yang ditegah dan dilarang walaupun tiada orang melihat perbuatan mereka. Jika sahabat-sahabat sedia maklum, sebenarnya dalam islam sudah diterapkan dengan unsur-unsur ini, iaitu melalui konsep ihsan ( beribadahlah seperti kamu melihat Allah, atau Allah melihat kamu). Satu kajian telah dijalankan untuk melihat, cara bagaimanakah yang paling sesuai untuk melatih ketahanan dari ujian ini.

Cara pertama: self-statements; pengkaji mengatakan kepada kanak-kanak, “ kat atas meja tu ada coklat, jangan makan ye, cakap banyak kali, ‘jangan makan” dan ulang.

Cara kedua: modeling: mereka melihat kanak-kanak yang lain yang baru keluar dari bilik yang ada coklat tu, tak makan pun coklat tu. Maka, mereka pun tak makan kerana orang yang sebelumya tak makan.

Cara ketiga: memberitahu secara rasional sebab yang boleh diterima kenapa tak boleh makan coklat tersebut, “jangan makan ye coklat kat atas meja tu, kejap lagi pakcik nak datang amik coklat tu, coklat dia”

Keputusan: cara ketiga terbukti berkesan menyebabkan kanak-kanak tersebut tak makan coklat tersebut. Cara 1 dan 2 hanya bertahan sementara, akhirnya mereka makan juga=)

Sewaktu saya sedang belajar ni, saya cuba kaitkan dengan kisah Nabi Adam dan Hawa, serta buah khuldi, yang mana mereka dilarang memakannya, tetapi akhirnya mereka makan juga yang menyebabkan mereka dicampakkan ke dunia.

Dalam Islam, kita dijelaskan tentang perkara-perkara yang kita disuruh menjauhkannya seperti zina,dan riba. Dan sebenarnya Islam memberi sebab yang sangat bersesuian dengan akal pemikiran manusia. Zina misalnya, merosakkan nasab keluarga, dan institusi masyarakat itu sendiri. Islam sangat praktikal, saintifik dan relevan untuk kita praktikkan. Cuma kita, tepuk dada, tanya iman….




Hebatnya Allah dalam mengaturkan sesuatu..Cuma terpulang kepada kita untuk mengambil pengajaran. Dan oleh kerana itu, di dalam Al-Quran banyak menyatakan:

“Sungguh, pada yang demikian terdapat tanda-tanda bagi orang yang berfikir”


“sungguh, pada demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengerti”


Sekadar perkongsian.Wallahu’alam.