02 September 2011
Sesungguhnya manusia itu pelupa....
Sisa-sisa syawal masih berbaki banyak hari. marilah sama-sama kita mengisi syawal dengan puasa 6 di bulan syawal ini. Moganya Ramadhan yang berlalu pergi membawa diri kita kembali kepada pencipta kita dan mudah-mudahan juga kita dimatikan dalam keadaam khusnul khatimah-sebaik-bauk pengakhiran yang menjadi impian dan harapan setiap orang yang beriman.
Manusia ini sifatnya memang pelupa. lupa dalam banyak segi. dan krisis jiwa yang berlaku dalam masyarakat kita kini juga adalah disebabkan kita lupa. Lupa kepada pencipta kita, Allah. Allah telah berfirman mengingatkan kita dalam surah Al-Hasyr bahawa jika kita melupakan Allah, Allah akan melupakan diri kita sendiri.
maksudnya : Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, Sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri.Mereka itulah orang-orang fasik.
kembalilah kepada Allah jika jiwa anda resah gelisah, sedih kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar akan rintihan hambanya.....
manusia juga lupa bahawa hidup di dunia ini adalah sementara dan negeri akhirat adalah kekal abadi. Saidina Ali berkata bahawa manusia itu tidur dan hanya akan sedar setelah dibangkitkan dari alam Barzakh. Maksudnya, manusia itu sentiasa lalai untuk membuat persiapan untuk hidup di negeri yang kekal abadi. Allah berfirman dalam surah Al-hadid ayat 20 bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan senda gurauan.
Maksudnya: Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menjadi kuning kemudian menjadi hancur. dan di akhirat nanti ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.
Marilah sama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain agar kita tidak terlambat sedar bahawa kita perlu membaut persediaan untuk hidup di negeri yang kekal abadi itu.......