02 September 2011

Di Teratak usang itu....


Kemeriahan menyambut hari raya Aidilfitri tetap dirasakan dari tahun ke tahun walau pemilik
teratak usang itu sudah pergi meninggalkan kami. walaupun kemeriahan tidak lagi seindah waktu keci-kecil dulu, tapi kenangan lama tetap tersemat di memori. itulah kampung halaman yang saya cintai, Kg Bukit Betong, Kuala Lipis.

Masih teringat, waktu kecil2 dahulu, kamilah manusia yang paling gembira apabila pulang ke kampung. perjalanan memenatkan. kami sekeluarga menaiki pelbagai kenderaan dari kuantan untuk balik ke lipis, maklumlah, zaman dulu, kemudahan pengangkutan tidak banyak. kami akan menaiki teksi untuk ke bandar kuantan, kemudian bas dari kuantan ke jerantut, kemudian naik pula keretapi jerantut-lipis. dan oleh kerana kampungku di seberang sungai, kami akan menaiki perahu atau motorbot pula untuk sampai ke rumah wan...tapi sekarang kereta dah ada jambatan, jadi dah boleh masuk terus hingga kedepan rumah=)



Saat yang paling kami suka adalah mandi sungai..mujur abang2 sepupu rajin melayan karenah adik2 sepupunya..waktu petang, kami akan bermain galah panjang, malam pula bermain bunga api..

satu tradisi di kampung kami adalah, hari raya kedua, saudara-mara akan datang beraya di rumah kami sehingga rumah kami menjadi seperti kenduri or open house..masa nilah nak kenal dengan saudara-mara yang jarang jumpa...


semoga kemeriahan aidilfitri ini dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kita....




kedatangan daudara-mara yang tidak putus2 sehingga ke petang....


















kakitangan2 yang kepenatan dan makan selepas semua tetamu pulang..=)















Walaupun sudah hari raya ke- 5, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua. semoga Aidilfitri ini membawa seribu erti dalam hidup anda=)

wassalam.