03 November 2012

Pendekatan Kaunseling Nabi Muhammad

-Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-



Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah sempat mengikuti kelas Pendekatan Kaunseling Nabi Muhammad SAW oleh Dr Wan Mazwati, salah seorang dari Tim Hadith Psikologi..akhirnya saya berjumpa dengan apa yang saya tercari-cari selama ini, iaitu teknik yang digunakan oleh Rasulullah dalam menangani masalah emosi atau gangguan jiwa. Kita tahu Rasulullah adalah sebaik-baik Qudwah dan ikutan, setiap perlakuan, perkataan dan diam Nabi Muhammad harus kita kaji dan kita ikuti. Saya kongsikan di laman blog ini supaya apabila sahabat-sahabat membacanya, akan juga turut dapat manfaatnya. insyaAllah.

sahabat-sahabat,
Human Nature in Islam ( fitrah manusia) dalam menyelesaikan masalah rohani adalah:
1.menjaga emosi
2.mengubati jiwa ( soul) dengan perkara-perkara baik seperti solat ( spesifik) dan perkara-perkara baik yang lain.

Kaunseling Mendorong Akhlak Mulia

Pengenalan
Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan strategi dan prosedur bagaimana Nabi Muhammad mendorong perubahan akhlak, sikap dan tingkahlaku seorang pemuda yang sudah menyedari kesalahannya. dalam hadith ini, sangat jelas prosedur kaunseling cara Nabi Muhammad yang bertentangan dengan prosedur kaunseling ciptaan ahli-ahli psikologi Barat. Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang kesalahan yang dilakukan oleh kaunselee. Fokus kaunseling Nabi Muhammad adalah memberikan penyelesaian, dan bukan juga cuba memahami kaunselee.

Analisis hadith
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, " saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan di pinggir kota. "Saya sudah lakukan semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana tuan mahukan."




Saidina Umar memarahi pemuda itu, katanya, " Allah menutupi kesalahan kamu jika kamu menutupi diri kamu sendiri!" Mendengar kata-kata Saidina Umar itu, Nabi Muhammad tidak bercakap apa-apa. ( tidak meyiasat, bila, apa dan siapa).Kemudian pemuda itu pergi. Nabi Muhammad segera menyuruh orang memanggil pemuda itu supaya datang semula.

Kemudian beliau membacakan kepadanya ayat ini: " Dan dirikanlah sembahyang itu pada pagi dan petang, dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan dosa perbuatan-perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat"( penyelesaian)

Kemudian, ada seorang lelaki lain yang ada di situ bertanya, " Wahai Rasul Allah, apakah ayat itu ditujukan khusus kepada dia seorang sahaja, ataupun, ayat itu ditujukan kepada semua orang?" Nabi Muhammad menjawab, " Kepada semua orang"- Hadith ini dicatatkan dalam koleksi hadith-hadith autentik yang direkodkan oleh Abu Daud

Intipati Hadith
1. Apabila ada kesalahan dilakukan, punca-punca kesalahan itu tidak disiasat
2. Tidak bertanya " mengapa" kepada pesalah
3. Tidak menghukum orang yang melakukan kesalahan yang Allah tiada menyediakan hukumannya di dunia, seperti kesalahan bercumbu-cumbu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sahabat-sahabat,
saya sangat teruja dengan pendekatan Rasulullah..contohilah baginda, sangat berhikmah..

Dua kesalahan besar sahabat tadi adalah:
1. bercumbu
2. Membuka aib sendiri didepan Rasulullah dan sahabat-sahabat nabi

Apa yang Rasulullah tak buat dan kita buat?
Marah, pukul, membuat pelbagai andaian, menyiasat, melabel, menyindir, mengkritik, pandang serong, menghukum...

Apakah kesannya jika kaunselor/pendakwah memberi respon dengan berkata " Astagfirullah" atau " Alhamdulillah" ( walaupun niatnya mungkin baik).
-Ia seolah-olah merendah-rendahkan klien atau mad'u..seolah-olah kita lebih baik dari mereka. Dengan erti kata lain, bila kita berkata  Astagfirullah, dia adalah seperti kita ingin berkata, " Ya Allah, teruknya dia". Perlu diingat, seseorang boleh terima dan ubah tingkahlaku mereka jika mereka ( kaunselee/ mad'u) boleh capai kita-tidak nampak seperti kita lebih baik dari mereka dan kedua, jika mereka hormat kepada kita.

Apakah prinsip penting yang dapat digali daripada hadith ini?
1. Rasulullah tidak menyiasat2 perbuatan yang telah dilakukan
2. Memberikan penyelesaian kepada klien.
Andaian Rasulullah, orang yang bertaubat, sudah dimapunkan dosa, jadi mengapa perlu toleh ke belakang dan mengenang lagi kesalahan yang sudah dilakukan. Sebagai pendakwah/kaunselor, apa yang boleh kita lakukan adalah membuat perancangan ( plan) supaya dia akan tetap istiqamah dengan perkara baik.

sedangkan andaian Barat,
1. dapat tahu masalah, baru dapat selesai
2.semua yang kita siasat masalah tersebut, kita tahu cara menyelesaikan.



Segala puji bagi Allah kerana menemukan saya dengan apa yang saya cari selama ini. semoga saya dapat mengaplikasikan apa yang saya pelajari ini dan seyerusnya membawa semua mengetahui indahnya Islam...insyaAllah akan saya kongsikan bahagian berikutnya di kesempatan masa yang ada di lain hari...Wallahu'alam