18 May 2012

Gagal Merancang, Merancang untuk Gagal

 

~ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ~

 


Ketika topik ini dibincangkan dalam halaqah gembira kami, perbincangan mengenai
“ memupuk dan membina keyakinan diri dalam gerakan Islam”. Saya cukup tertarik untuk mengupas persoalan ini dengan lebih lanjut. Menjadi kewajipan kepada kita setiap manusia untuk menunaikan hak lafaz dua kalimah syahadah dengan amal perbuatan kita. Jadi, sebenarnya setiap dari kita telah dimudahkan oleh Allah kepadanya sesuatu pekerjaan, dan setiap dari kita juga mestilah mencari atau mengenalpasti dirinya, apakah yang sesuai dengan fitrahnya sendiri. Rasulullah SAW bersabda “ Bagi setiap orang ada perkara yang mudah baginya apabila membuat sesuatu yang sesuai baginya”. 

  
Cuma persoalannya sekarang, kita kenal ke diri kita ni sebenarnya?. Ahli psikologi selalu menyebut-nyebut tentang setiap orang harus mencari bakat-bakat yang sememangnya ada di dalam setiap dirinya. Asasnya, kita kena kenal diri kita. Jika kita selalu membuat SWOT analisis dalam organisasi atau persatuan, kenapa tidak kita membuat SWOT analisis diri kita sendiri. 

What is my:

Strengh/kekuatan 
Weakness/kelemahan
Opportunities/peluang
Threat/cabaran atau halangan



             Kadang-kadang kita rasa tidak tahu, keliru dan masih menyusun, memikirkan apa hala tuju kita selepas ini, apa yang kita nak jadi, apa yang kita nak buat, kadang-kadang kita rasa macam nak tukar ke bidang lain. Macam-macam dalam fikiran kita. Tapi sahabat-sahabat, kata kunci yang saya dapat dari beberapa pembacaan dan kuliah adalah kita harus merancang dan berfikir secara berfokus ( focus thinking) dan kuasai bidang anda ( master your field). That’s the key word. Kadangkala SWOT kita lebih menfokuskan kepada kelemahan berbanding kelebihan kita ( mungkin malu atau merendah diri..=)), sehingga ia menenggelamkan kelebihan diri kita. Begitu jugak dengan cakap-cakap orang yang kadangkala tidak membina, lantas kita ambil persepsi mereka itu dan “ ya, itulah aku”…Bukanlah saya mengatakan kita tidak perlu ambil kira pandangn dan teguran orang, cuma jangan diambil bulat-bulat tanpa anda membuat analisis.

Terdapat 4 perkara yang perlu kita tahu untuk berfikir secara berfokus iaitu:
1) Saya tidak mampu kenal semua orang/ I can’t know everyone
2)Saya tidak mampu nak buat semua benda/ I can’t do everything
3) Saya tidak mampu berada di semua tempat/ I can’t go everywhere
4) Saya tidak mampu nak kuasai semua bidang/ I can’t be rounded

Berfikir secara berfokus perlu dimulai dengan apa yang terakhir. Begin with the end of mind. Atau matlamat akhir yang ingin kita capai.

Teringat saya tentang kisah Khalid bin Al-Walid. Bagaimana kita mengenali beliau sebagai seorang yang sangat hebat di medan peperangan, merupakan seorang panglima yang digeruni, tetapi jika diselak kembali sirah-sirah berkaitan periwayatan hadis, kita tidak pernah pula mendengar Khalid bin Al-Walid menjadi perawi dan meriwayatkan hadis, namun sumbangannya dalam Islam cukup besar.

Kesimpulannya mudah, di posisi mana kita berada, sentiasa ada ruang untuk kita menyumbang kerena sesungguhnya lingkaran Islam itu bulat, maka berputarlah di dalam lingkaran itu. Apa yang saya rasakan penting adalah kita harus merancang, Allah menentukan hasilnya. Benar seperti kata-kata Saidina Ali, Kebatilan yang berperancangan akan dapat mengalahkan kebaikan yang tidak berperancangan.

Ironinya begitu juga dengan kehidupan kita, Imam Ghazali mengatakan bahawa orang yang paling cerdik atau bijak adalah orang yang paling megingati mati. Begin with the end of mind. Dengan mengingati mati, kita berjaga-jaga dengan amal perbuatan kita seharian. Aplikasikan juga dalam kehidupan kita yang lain. Sudah tentu matlamat akhir kita adalah mardhatillah ( mencapai redha Allah).

 
 
 

 
"Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat." ( Al-Fusilat :33-35)


~Kenal diri anda. Kenali potensi anda. Berfikir dengan cara yang betul. rancang  posisi anda.~