17 December 2009

Coretan Perkongsian

selamat menyambut awal muharram kepada semua.

Sudah lama saya tidak memperbaharui blog. Ramai jugak yang bertanya kepada saya bila la zuraida nak update blog...Alhamdulillah, dapat juga jari-jemari saya menaip di keyboard ni. Peluang yang sedikit ini saya akan gunakan dengan sebaiknya.

Mungkin tulisan saya kali ini banyak berkisar tentang pengalaman yang saya lalui sejak sebulan ini. Pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan dan dari situlah kita mula menjadi seorang yang matang. manusia juga secara semulajadinya akan dipengaruhi oleh pengalaman masa lampaunya. Sikap kita pada hari ini mungkin adalah kesan daripada pengalaman dan sejarah kita pada masa lampau.

***************************************

Peristiwa pertama

Sewaktu cuti semester yang lalu, saya sempat mengikuti progam bersama orang asli di Perkampungan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu selama lebih kurang 5 hari. Program yang dianjurkan oleh Joint- Assisiation Student and Orang Asli ( JASA) ini sangat menarik hati saya sewaktu mula-mula iklan ditampal lagi. Bukan ape, rasa dah lama tak memberi sumbangan sejak berada di UIA. Alhamdulillah, saya rasa banyak perkara dapat saya belajar dari program ni terutama sekali cara untuk kita mendekati sasaran kita untuk menyampaikan Islam kepada mereka. Berbeza sekali dengan satu program yang saya pernah sertai semasa di DQ dahulu, terutama dari segi sambutan penduduk terhadap kedatangan kami. Jika program semasa di DQ disambut dengan paluan kompang oleh penduduk kampung, penduduk di Sg Berua nyata sekali berbeza. Sambutan boleh dikatakan sedikit dingin terutama dari golongan bapa-bapa...apapun, bagi saya ini adalah fanomena biasa. kami juga akan memanggil penduduk kampung dari rumah-ke rumah setiap kali program diadakan. Teringat akan kisah Rasulullah berdakwah di Thaif, baginda di baling dengan batu sehingga berdarah dan sewaktu dalam perjalanan pulang, kasut yang dipakai Rasulullah dipenuhi dengan darah. Cuma apa yang sangat sayu bagi saya apabila malaikat bertanya kepada Rasulullah, adakah engkau mahu kami timpakan gunung-gunung ke atas penduduk Taif, Rasulullah menjawab " tidak, jika bukan mereka yang beriman kepada Allah, mungkin anak-anak mereka yang akan beriman kepada Allah suatu hari nanti"..begitu sekali harapan dan pandangan jauh Rasulullah.

Peristiwa ini bertandang di fikiran saya ketika melihat bagaimana sambutan yang diberikan agak dingin oleh golongan tua di sana, tetapi saya lihat pendekatan yang dibawa terhadap anak-anak orang asli disana sangat baik. mereka diajar iqra', solat, dan benyak lagi modul-modul yang denga harapan, merekalah genearsi-generasi baru di Kg. Sungai Berua yang akan menyemarakkan Islam. Saya berasa sangat gembira apabila ada di antara adik-adik mampu untuk membaca iqra' dan mereka juga datang sewaktu solat berjemaah walaupun tidak setiap waktu. Tapi itu mungkin permulaaan yang baik kepada mereka untuk mengenal Islam. Harapan saya moga penduduk Kg Sungai Berua akan diberi taufik oleh Allah untuk lebih mendalami Islam.Amien.

***************************************************

Peristiwa kedua

Seketika kembali dari sungai Berua, keputusan peperiksaan dah pun keluar. Memang berdebar-debar sebab periksa kali ini menentukan saya akan masuk kuliyyah ataupun tidak. Tetapi setelah disemak result, saya tidak berjaya mendapat keputusan yang melayakkan saya untuk masuk kuliah...Permulaan rasa agak sedih la sebab ini bermakna saya akan berada lebih lama di UIA. tetapi, setelah difikir-fikir balik, inilah peluang untuk saya memantapkan lagi bahasa saya. Kerana kepentingan kita untuk mahir berkomunikasi dalam bahasa asing pada zaman sekarang adalah satu keperluan. Saya teringat kritikan yang saya kira agak pedas dilemparkan oleh Rosya fikir sewaktu satu sesi ceramah tentang kelemahan pelajar Malaysia untuk menguasai Bahasa Inggeris walaupun sudah mempelajarinya sejak berumur 6 tahun sedangkan pelajar asing yang baru belajar bahasa Inggeris pun mampu untuk menguasainya dengan baik sekali..Saya mengambil kritikan daripada beliau sebagai satu cabaran buat saya untuk lebih menguasai bahasa Inggeris.

Buat sahabat-sahabat di Timur Tengah, kuasailah Bahasa Arab sebaiknya.

Salam maalhijrah!

09 November 2009

Kita Mampu Mengubahnya!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Pepatah Arab mengatakan :

orang biasa belajar daripada pengalamannya, orang yang bijaksana belajar daripada pengalaman orang lain, orang yang dungu tidak mahu belajar dari sesiapa pun”

Saya mulakan penulisan blog saya dengan pepatah Arab yang amat mendalam maksudnya untuk sama-sama kita hayati.

Saya sangat tertarik dengan modul-modul sewaktu saya menghadiri program S.P.I.E.S belia fasa 1 dan 2, program kelolaan Dream Team Konsultan dibawah pantauan Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Selangor . Saya kira terlalu banyak input yang saya dapat untuk membangunkan diri kita dari sudut rohani, fizikal, inteletual, emosi dan social. Apa yang menggembirakan hati, apabila saya melihat remaja-remaja yang bermasalah yang menyertai program ini, sangat komited dan kebanyakan mereka berazam untuk berubah dan menunaikan solat lima waktu. Moga mereka diberi kekuatan untuk terus mengekalkan sifat positif dalam diri mereka.

Pendekatan yang dibawa oleh Dream Team iaitu Psiko-Spiritual yang dibawa saya lihat berjaya menarik hati remaja-remaja ini. Pendekatan menyuci dari inside-out adalah kaedah yang terbaik kerana hakikatnya, masalah yang ditonjolkan oleh seseorang adalah presenting problem kepada real problem mereka yang lebih besar umpamanya, akidah mereka yang goyah adalah punca utama kepada masalah sosial yang mereka tunjukkan. Usah bercerita tentang haramnya zina dan pergaulan bebas jika tuhan pun mereka tidak kenal. Manusia secara fitrahnya ingin kepada kebaikan, Cuma kadangkala faktor luaran yang mempengaruhi pembentukan sifat mereka. Umpamanya, keluarga, rakan-rakan, persekitaran dan cara berfikir masyarakat sekeliling. Dalam pada dunia berkejar-kejar mencapai kemajuan teknologi, kita perlu akur bahawa pengurusan kepada teknologi itu merupakan sentuhan modal insan yang bukan sahaja berkemahiran tinggi malahan memiliki integriti dan bersahsiah unggul. Modal insan yang saya maksudkan adalah generasi manusia yang dipandu oleh wahyu Tuhan dan dibimbing oleh tauladan manusia agung iaitu Nabi Muhammad.

Terokai Personaliti Anda!

Sepertimana ungkapan Imam Hassan Al-Banna,

“Sesungguhnya sedikit sahaja manusia yang faham, tetapi lebih sedikit yang faham dan beramal dengan apa yang ia faham. Amat sedikit lagi yang faham, beramal dan ikhlas dalam amalannya. Namun, golongan yang paling sedikit adalah mereka yang faham, beramal, ikhlas, dan sampai kepada matlamat”.

Setelah menghadiri program tersebut, saya ada membaca beberapa buah buku yang berkaitan dengan personaliti kita, iaitu Aura Personaliti Warna, 7 tabiat orang yang amat berkesan dan PSQ( Rahsia Personaliti Unggul). Jadi, saya ingin kongsikan sedikit ilmu yang saya dapat dari buku-buku tersebut.

Sahabat-sahabat,
Walaupun kehebatan seseorang sering kali dinilai dari kaca mata orang yang memandang, tetapi sebenarnya apa yang dilihat adalah manifestasi daripada personaliti dalam dirinya. Kita tidak dapat melihat personaliti, apa yang dilihat adalah tingkahlaku seseorang kerana personaliti adalah sebahagian daripada sistem yang menghasilkan tingkahlaku.

PERSOALANNYA,

Apakah tingkahlaku yang ditonjolkan oleh personaliti tadi dapat dibuat-buat?

Adakah semua tingkahlaku dipengaruhi oleh personaliti seseorang?

Kita selalu mendengar personaliti turut dikaitkan dengan objek seperti kereta, pakaian.

Tetapi sebenarnya maksud kepada personaliti adalah satu organisasi dinamik di dalam diri seseorang yang terdiri daripada beberapa sistem psikofizikal yang membentuk corak ciri-ciri tingkahlaku, pemikiran dan perasaan seseorang. Dinamik yang dimaksudkan personaliti boleh berkembang dan berubah-ubah.

Psikologi Personaliti: Bagaimana ia bermula?

Personaliti manusia pada pandangan Sigmund Freud ( dianggap sebagi bapa bidang psikologi personaliti), adalah hasil pengalaman semasa kanak-kanak dan pengaruh tindakan di bawah sedar manusia.

Aspek mental yang asas terbahagi kepada tiga iaitu:
1)sedar
2) pra-sedar
3)bawah sedar

Diantara ketiga-tiga bahagian ini, bahagian di bawah sedar mempunyai impak yang paling besar pada personaliti seseorang. Freud mengumpamakan:

“mental manusia seperti bongkah ais yang besar. Bahagian di atas permukaan air yang lebih kecil adalah bahagian sedar dan bahagian di bawah permukaan air yang lebib besar adalah mental bawah sedar”

Apa yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat, minda di bawah sedar ini tidak boleh memproses perkataan-perkataan yang negative seperti tidak, dan seumpamanya. Umpamanya jika kita ingin bangun awal pada pagi esoknya, lazimnya kita akan berkata,

“ aku tak nak bangun lewat esok’ -ayat negatif. Minda di bawah sedar kita tidak boleh membaca perkataan “tak”. Maka otak akan memproses “ aku nak bangun lewat esok”.

Hasilnya, terjadilah peristiwa yang selalu kita dengar seperti “subuh gajah”, “subuh dinasour”, atau “oversleep”.

Maka, positifkan perkataan kita, “ Aku nak bangun awal esok”, “aku boleh buat yang terbaik exam esok”..dan seumpamanya.

Saya ingin bawakan personaliti dari Al-Quran, dalam Surah At-Thur ayat 21,

"dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka ( di dalam syurga) :tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya"

Islam meletakkan manusia sebagai khalifah dan segala tingkahlaku nya akan dihakimi diakhirat kelak. Manusia juga dimuliakan dengan akal untuk berfikir mengenai kesan dan tindak-tanduknya. Manusia berupaya memilih tingkahlaku yang dikehendakinya. Hal ini diungkap dalam ayat kelapan, surah As-Shams.

"Allah mengilhamkan ( untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa"

Dalam ayat ini Allah menyatakan, Dia mengilhamkan kepada jiwa manusia jalan kefasikan dan ketaqwaan. Terpulang kepada manusia untuk memilih yang mana ingin dituruti.

Selain akal untuk berfikir, manusia menurut Al-Quran dicipta dengan elemen seperti emosi, hati dan roh bagi membolehkan seseorang menjalankan tugasnya sebagai khalifah. Imam Ghazali menyimpulkan lima elemen membentuk personaliti iaitu:

1) akal

2)jasad

3)hati

4)roh

5)nafsu

Di dalam Al-Quran juga ada disebutkan 3 jenis “nafs” iaitu

1)Nafs Al-Ammarah-nafsu yang mendorong kepada kejahatan
2)Nafs Al-Mutmainnah-nafsu yang mendorong kepada ketenangan
3) Nafs al-Lawwamah-nafsu yang tercela

Iman dan Personaliti

Di mana kedudukan dan peranan iman dalam menjadikan seseorang itu insan cemerlang?

Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku beliau iaitu “ Iman dan kehidupan” menyatakan,

“ Orang yang beriman tiada rasa dengki dan khianat serta berupaya melahirkan sifat amanah, jujur, dan tidak mementingkan diri. Orang yang beriman juga digambarkan lebih penyabar dan cenderung kepada kecemerlangan. Semua sifat-sifat ini terdapat pada keperibadian Rasulullah dan para sahabat yang digelar sebagai “generasi Al-Quran”

Barat Akhirnya Akui Keperluan Spiritual

“Ramai cerdik pandai barat menyangka peranan agama berakhir ataupun tidak berguna lagi kerana fungsinya diambil alih oleh sains menjelang abad ke-18. Tokoh Sosialis Perancis, A.Conte contohnya, menyatakan menurut teori Loi des troisages, semua agama berakhir dan lenyap dari masyarakat manusia apabila manusia mencapaiperingkat kedewasaan fikiran dalam ilmu sains. Namun di peringkat akhir usia beliau, Conte sendiri menjalani hidupnya secara beragama.”

Muhammad Qutb, Salah faham terhadap Islam.

Carl Jung, seorang psikiatris terkemuka di Amerika mengatakan,

“setiap orang yang menderita sakit mental adalah kerana mereka tidak mempunyai ketenangan jiwa yang ditimbulkan oleh agama”

“Persatuan Psikologi Amerika (APA) juga mendorong ahli-ahli psikologi untuk mengambil kira agama sebagai sebahagian daripada perbezaan manusia yang memerlukan perhatian khas, sensitiviti dan latihan. Ia turut mengiktiraf agama sebagai satu juzuk dalam psikologi yang memerlukan penyelidikan lebih mendalam”

Saya optimis dengan kajian-kajian yang dijalankan oleh para cerdik pandai tentang keperluan kepada makanan jiwa yang memberi impak yang besar kepada punca ketenangan hidup seseorang. Saya masih teringat kata-kata seorang ustaz ketika satu sesi ceramah, beliau mengumpamakan manusia seperti layang-layang, memerlukan kepada tali penghubung dengan tuan mereka, dan tali penghubung itu adalah iman dan kepercayaan. Jika tidak ada tali penghubung antara mereka, maka layang-layang tersebut akan terbang mengikut arah angin tidak tentu ke mana arah tujuannya dan akhirnya rosak dan binasa. Rosak dan binasa pada manusia adalah kehidupan yang porak peranda, walaupun layang-layang bebas ingin pergi ke mana yang dia suka. Iman (inside) akan menonjolkan tingkahlaku (out). Dengan itu, secara ringkasnya, pembentukan personaliti manusia perlu bermula dari dalam diri mereka iaitu kepercayaan, pegangan (iman)

Dicampak ke Darat Menjadi Permata, Dicampak ke Laut Menjadi Pulau

Sebenarnya terlalu kompleks ingin saya kongsikan disini tentang proses pembentukan personaliti manusia. Saya amat mencadangkan jika sahabat-sahabat berminat mengkaji tentang rahsia manusia, bolehlah membaca buku-buku seperti yang saya sarankan di atas. Semakin banyak kita mengenali manusia, keunikan manusia, semakan kagumlah dengan Pencipta kepada manusia itu, iaitu Allah. Personaliti manusia perlu dibentuk daripada dalam, akan menzahirkan apa di luarnya.

Personaliti: Adakah anda boleh memilih?

Jawapannya adalah “YA”

Anda boleh memilih personaliti yang anda ingini.

“Elemen paling berpengaruh dalam membentuk personality seseorang adalah PERSEPSI terhadap DIRI SENDIRI dan PERSEKITARANNYA. Seseorang DAPAT MEMBENTUK PERSONALITI YANG POSITIF APABILA DIA PERCAYA KEPADA KEBOLEHAN DIRINYA. MANAKALA MANUSIA YANG TERLALU MEMBESAR-BESARKAN KELEMAHAN DIRI ATAUPUN BERFIKIRAN NEGATIF TENTANG DIRINYA ADA KEMUNGKINAN MEMBENTUK PERSONALITI YANG NEGATIF”

Ahmed Raba, Major Personalities in The Quran

Saya percaya, sekiranya kita semua sentiasa berfikiran positif, otak separa sedar kita akan memproses apa yang kita fikirkan. Kita mungkin tidak dapat mengubah peristiwa yang berlaku di sekeliling kita, tetapi kita mampu untuk mengubah tanggapan terhadap peristiwa tersebut. Nabi Muhammad SAW menasihatkan kita supaya tidak membandingkan diri ataupu keadaan kita dengan orang yang lebh baik tetapi bandingkanlah diri dengan orang yang kurang bernasib baik.

Ingat, tanggapan atau persepsi yang kita bentuk dalam fikiran kita akan menentukan cara kita menyelesaikan masalah harian, mengawal emosi dan akhirnya memnentukan cara hidup.
Kita adalah apa yang kita fikirkan!

It is good!alhamdulillah!

Ya Allah, thank you for the gift of my life today. Today is the best day of my life!

Alhamdulillah!Allahuakbar!!

YA Allah, terima kasih di atas anugerah kehidupan untukku hari ini. Hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku!Alhamdulillah!Allahuakbar!

YA Allah, I’m so happy and grateful for the abundance that is coming to me everyday.Alhamdulillah!Allahuakbar!!

16 October 2009

Al- Insyirah ( kelapangan hati)




Dimana kan ku cari ketenangan?

kadangkala kita membaca Al-Quran tanpa kita meneliti makna kalimah yang kita baca..kerana itu apa yang kita baca tidak meresap di hati..ia hanya sekadar ungkapan di bibir..alangkag indahnya jika kita memahami setiap kalimah yang kita bacakan, seolah-olah kita sedang berkomunikasi dengan Allah.

ketika kali pertama saya membaca tafsir surah Al-Insyirah, saya berasa sangat lapang. membaca makna-makna dalam surah yang pendek ini akan menjawab segala krisis dan permasalahan yang berlaku, yang kita rasakan susah untuk kita hadapi.

kerana itu, saya tertarik untuk meletakkan insyirah sebagai email saya, kelapangan hati..saya bercita-cita ingin menarik manusia ke arah kelapangan, ketenangan yang hakiki.




Maksud:

1. wahai Muhammad, bukankah kami telah lapangkan dadamu?

2. Dan kami telah ringankan bebanmu.

3. Yang telah memberatkan belakangmu

4. Dan Kami telah angkatkan namamu ( di dunia dan akhirat)

5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan

6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan

7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan0kegiatan hidupmu, maka usahakanlah kegiatan yang lain pula.

8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu


Latarbelakang surah al-Insyirah:

~ Surah ke-94 di dalam Kitab Al-Quran.

~ Surah ini diturunkan di Mekah, mengandungi 8 ayat.

~ Dinamakan surah “Al-lnsyiraah (Perihal Melapangkan Dada Nabi), kerana pada awal surah ini, Allah Taala menegaskan salah satu nikmat- Nya yang dikurniakanNya kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) ialah melapangkan dadanya (serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk).

~Surah ke 94

~Juz 30


Surah ini diturunkan selepas Surah ad-Duha, seolah-olah merupakan surah yang menyempurnakannya. Dalam surah ini terdapat naungan kasih mesra dan semangat bermunajat dengan orang kesayangannya. Dalam surah ini juga disebut gejala-gejala dan peristiwa-peristiwa yang membuktikan Inayah dan perhatian Ilahi terhadap Rasul-Nya, juga disebut berita gembira yang menjamin kesenangan dan kelapangan, dan disampaikan bimbingan untuk mencapai rahsia kesenangan dan tali hubungan yang kukuh dengan Allah 'Azzawajalla.


Penafsiran bagi ayat 1-4


أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ
1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?

وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ
2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ
3. Yang telah memberatkan belakangmu.

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).

Ayat-ayat ini menyarankan bahawa jiwa Rasulullah s.a.w. sedang mengalami kesulitan dan kesusahan dalam usaha menyebarkan da'wah yang ditugaskan kepadanya dan dalam menghadapi berbagai-bagai halangan, rintangan dan tipu daya di jalan da'wah. Dadanya penuh sebak dengan kerungsingan-kerungsingan memikul tugas da'wah yang berat itu dan
merasa betapa perlunya kepada pertolongan, bantuan dan bekalan semangat daripada Allah. Kemudian berlakulah munajat yang manis dan bisikan yang mesra:

أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ

1. (Wahai Muhammad) bukankah Kami telah lapangkan dadamu?

Yakni bukankah Kami telah bukakan dadamu untuk memikul tugas dakwah ini dan Kami berikan kemudahan-kemudahan kepadamu untuk melaksanakannya? Bukankah Kami telah jadikan tugas da'wah itu satu tugas yang amat disukai hatimu? dan Kami licinkan jalan-jalannya untukmu serta Kami terangi jalan-jalan itu hingga engkau dapat melihat penghabisannya yang bahagia. Wahai Muhammad periksalah dadamu, tidakkah engkau dapati di lubuknya perasaan senang dan lapang hati, perasaan terang-benderang oleh nur iman? Pulihkan kembali kecapan citarasa dari kurniaan-Ku ini di dalam perasaanmu dan jawablah: Tidakkah dengan kecapannya yang citarasa itu melapangkan hatimu dari segala kesusahan, merehatkan dirimu dari segala kepenatan, memberikanmu perasaan senang dalam menghadapi setiap kesukaran dan perasaan rela terhadap segala penafian?


وَوَضَعْنَا عَنكَ وِزْرَكَ

2. Dan Kami telah ringankan bebananmu.

الَّذِي أَنقَضَ ظَهْرَكَ

3. Yang telah memberatkan belakangmu.

Yakni kami ringankan bebanan dakwah yang amat berat itu dengan melapangkan hatimu, dan dengan memberi taufik dan kemudahan kepadamu untuk melaksanakan da'wah, dan dengan menurunkan wahyu kepadamu untuk menerangkan hakikat-hakikat yang sebenar dan untuk menolongmu menyerap ke dalam jiwa manusia dengan cara yang lemahlembut. Tidakkah engkau dapati semuanya itu ketika menanggung beban yang telah memberatkan belakangmu? Tidakkah kini engkau dapati beban itu telah menjadi ringan setelah Kami lapangkan dadamu?

وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ
4. Dan Kami telah angkatkan namamu (di dunia dan di Akhirat).

Yakni Kami angkatkan namamu di kalangan para Malaikat al-mala'ul a'la, Kami angkatkannya di bumi dan di seluruh 'alam buana dan kerana itulah Kami gandingkan namamu dengan nama Allah setiap kali bibir manusia menyebut Laa ilaa ha illal laah, Muhammadar Rasulullaah. Tidak ada lagi darjah yang setinggi dan semulia ini, itulah satu-satunya darjah yang hanya dicapai oleh Rasulullah s.a.w. di antara seluruh isi 'alam. Kami telah angkatkan namamu di dalam Lauh Mahfuz ketika Allah memutuskan supaya namamu disebut pada setiap zaman dengan ucapan doa, selawat dan taslim dan dengan perasaan kasih-sayang yang mendalam. Kami telah angkatkan namamu yang telah terikat dengan agama Allah yang luhur ini, kerana pemilihanmu untuk menyampaikan agama ini merupakan satu pengangkatan nama yang paling tinggi yang belum pernah dicapai oleh seseorang pun di 'alam buana ini baik sebelummu atau
selepasmu. Oleh itu kesusahan, kepenatan dan keletihan tidak mempunyai tempat
lagi dibandingkan dengan pengurniaan Allah yang besar yang boleh menghapuskan segala penderitaan itu.


(Pentafsiran ayat-ayat 5 – 6)

Walaupun begitu, namun Allah terus berlemah-lembut dengan Rasul
kesayangan-Nya yang terpilih itu dan terus menghibur dan menenangkan
hatinya di samping menerangkan rahsia kesenangan yang tidak terpisah
darinya. Kerana:

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
5. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.

Kesukaran dan kesusahan tidak sunyi dari kesenangan dan kemudahan yang menemanimu di mana-mana sahaja. Apabila bebanan dakwah menjadi sebegitu berat, Kami lapangkan dadamu lalu bebanan yang memberatkan belakangmu itu menjadi ringan. Kesenangan sentiasa menemani kesusahan untuk meringankan tekanan dan keberatannya. Ini adalah satu hakikat yang diyakinkan dan kerana itu ia disebut berulang-ulang kali dengan ungkapan yang sama.

إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا
6. Sesungguhnya selepas kesukaran itu kemudahan.

Pengulangan ayat ini menunjukkan Rasulullah s.a.w. benar-benar berada dalam kesulitan dan kesukaran yang memerlu kepada pengamatandan peringatan ini, memerlukan kenangan kepada gejala-gejala Inayah Allahini, memerlukan kepada penayangan tempat-tempat Ri'ayah Allah ini, dan
memerlukan kepada penegasan dengan segala cara penegasan yang seperti
ini. Tidak syak lagi bahawa urusan da'wah yang telah memberatkan penanggungan hati Nabi Muhammad s.a.w. sebegini rupa adalah satu urusan yang amat besar.

(Pentafsiran ayat-ayat 7 – 8)

Kemudian datang pula arahan Ilahi supaya ia mencari sebab-sebab yang
boleh melahirkan kelapangan dan kesenangan hati dan mencari tempat
simpanan bekal untuk menempuh perjalanan da'wah yang jauh dan sukar:

فَإِذَا فَرَغْتَ فَانصَبْ
7. Oleh itu apabila engkau telah selesai dari kegiatan-kegiatan hidupmu,

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.


Selepas kesulitan ialah kesenangan. Oleh itu gunakanlah punca-punca kesenangan dan kemudahan itu. Yakni jika engkau telah selesai dari urusanurusanmu dengan orang ramai dan dari urusan-urusan kehidupan, maka hadapilah dengan seluruh hatimu kepada kegiatan-kegiatan yang lain yang wajar dilakukan dengan susah payah dan penat jerih, iaitu kegiatan ibadat dan bertawajjuh kepada Allah:

وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ
8. Dan kepada Tuhanmu tumpukan perhatian dan minatmu.

Tumpukan seluruh perhatian dan minat kepada Tuhanmu sematamata dan kosongkan hatimu dari segala sesuatu termasuk urusan orang ramai yang engkau dakwahkan mereka. Sudah tentu engkau memerlukan bekalan dan senjata. Di sinilah engkau akan mendapat bekalan untuk menempuh jalan da'wah, di sinilah engkau akan mendapat alat-alat senjata untuk kelengkapan berjihad. Di sinilah engkau akan menemui kesenangan dan kemudahan setiap kali engkau menempuh kesulitan dan kesukaran. Inilah jalan perjuangan dakwah.


Surah ini berakhir sama seperti berakhirnya Surah ad-Duha. Meninggalkan di dalam hati dua perasaan yang bercampur-aduk, iaitu perasaan betapa besarnya kasih mesra Allah terhadap kesayangan-Nya Rasulullah s.a.w. dan perasaan betapa besarnya timbangrasa dan belas-kasihan-Nya terhadap Rasulullah s.a.w. dan kita sendiri seolah-olah merasa bagaimana perasaan kesulitan yang sedang berkecamuk di dalam hati Rasulullah s.a.w. pada waktu itu yang benar-benar memerlukan kepada kasih mesra Ilahi. Itulah dakwah. Itulah amanah dan tugas yang amat berat, namun demikian ia tetap merupakan tempat pancaran dan tempat turunnya nur Ilahi. Ia merupakan tali hubungan yang menyambung fana' dengan baqa' dan'alam dengan nyata.

( Tafsir fi Zilalil Quran)
Sayyid Qutb

kesusahan dan kesempitan.

kita sebagai manusia tidak akan lari dari merasa kesusahan dan kesempitan hidup. Saya dapat melihat bahawa surah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w ini adalah satu surah pembakar semangat kepada kita tatkala kita sebagai manusia yang tidak lari daripada merasa kecewa, sedih dan putus asa. Dalam kehidupan seharian, banyak perkara yang kita rasakan susah untuk kita laksanakan..

bagi penghafaz Al-Quran,
" saya rasa saya tak boleh bawak la Quran, saya rasa susah sangat nak hafaz, sepanjang malam saya hafal, tapi saya tetap tak ingat, bila tasmi', aya selalu x lancar,saya malu"

bagi seorang pelajar jurusan lain,
" susah betul la subject ni, pening kepala aku"

bagi aktivis dakwah,
"entah la, aku rasa tak dapat balance antara study ngan dakwah, pointer aku pun asyik jatuh jer, tidur lewat,assignment berlambak, mane sempat masa, masa aku pun 24 jam gak"

mungkin banyak lagi contoh yang saya tidak dapat bawakan di sini, tapi di sini jelas menunjukkan keluhan-keluhan kita saban hari. Namun, sudah lumrah kita sebagai manusia berasa "down" seketika, namun perasaan-perasaan sebegini hendaklah ditangani dengan cepat sebelum ia menjadi virus dengan lebih dasyat.

Sebagai seorang muslim, kita diajar supaya menunaikan solat, membaca Al-Quran kerana itu merupakan titik kepada menacapai ketenangan. Saintifik juga telah membuktikan kenapa amalan-amalan begini boleh mencapai ketenangan..

Kajian yang telah dijalankan oleh Dr Emoto terhadap air menyatakan air mengandungi mesej tersembunyi didalam struktur kristalnya dan mesej-mesej ini memberikan kita gambaran menakjubkan mengenai realiti kita yang sebenarnya. Eksperimen yang dijalankan oleh beliau mendapati terdapat interaksi air dengan semua perkara yang berlaku dipersekitarannya melalui bentuk-bentuk kristal yang terhasil apabila air itu dibekukan pada suhu tertentu. Tindakbalas air pada persekitaran yang positif menghasilkan bentuk kristal yang cantik dan begitu juga sebaliknya, jika persekitaran di mana air diletakkan adalah negatif bentuk kristal yang terbentuk adalah buruk dan tidak menarik. Walaupun eksperimen yang dijalankan oleh beliau nampak mudah dari segi pemerhatiannya, tetapi sebenarnya ianya memberi impak yang cukup besar terhadap perilaku seseorang dan perhubungan antara manusia.

70% daripada komposisi badan kita juga adalah air. Bukankah jika kita menunaikan solat dan membaca Al-Quran, kita menyebutkan perkataan yang baik? maka disitulah moleku-molekul air akan berubah kepada bentuk yang cantik dan meransang emosi manusia.

Maka dalam setiap tindakan kita, kembalikan segalanya kepada Allah. InsyaAllah kita pasti mendapat ketenangan walau seberat mana ujian yang menimpa kita, kita akan menganggapnya sebagai hadiah daripada Allah.


30 September 2009

Sabar dalam Ibadah

Setelah lama menyepi, akhirnya dapat juga saya memperbaharui blog saya ini..pengalaman demi pemgalaman cuba saya kutip sebanyak mungkin setelah berada di uia selama beberapa bulan ini. Alhamdulillah, pengalaman menyambut Ramadhan di UIA sangat menggembirakan..

berbuka puasa di masjid secara berjemaah..

solat terawih...

i'tikaf di masjid..

tadarus..

saya rasakan jiwa saya betul-betul terisi dengan kehadiran Ramadhan kali ini. moga saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang...Amien

Aid Mubarak..tanda kemenangan kita setelah sebulan berpuasa di Bulan Ramadhan..
Seharusnya kita menyambutnya dengan perasaan yang penuh kesyukuran, keinsafan, dan bermuhasabah kepada tuhan yang esa.

kadangkala kita sendiri yang tidak menyuburkan perasaan kita itu. Banyak faktor yang menyebabkan perasaan ini tidak disuburkan..mungkin kerana tiada pendedahan sejak dari kecil oleh keluarga, keadaan persekitaran, kawan-kawan, atau mungkin juga kerana tidak berminat. Ada juga bila dikala kesusahan baru ingin “mencari tuhan” dan dikala kesenangan, susah benar ingin mengucapkan kesyukuran dan lafaz “alhamdulillah” dari bibirnya. Alangkah sombongnya manusia..Maka, Ramadhan adalah terbaik bagi menyuburkan kembali sifat ini.."

Aidilfitri pula, adalah waktu untuk kita bermaaf- maafan dan mengeratkan tali silaturrahim antara kita sesama manusia, menghubungkan tali yang renggang, menjalinkan kembali tali persaudaraan yang terputus dan mengenal saudara-mara yang dekat mahupun jauh.

Menziarahi kubur mereka yang telah pergi bertemu illahi, sebenarnya ingin mengingatkan kita bahawa kita juga pasti akan kesana, cuma saatnya sahaja yang berbeza. Bukan sekadar ingin mengutip duit raya selepas tahlil yang pastinya sangat lumayan dan dinanti-nantikan oleh kanak-kanak kecil..Tapi sebenarnya mempunyai maksud yang lebih mendalam dan tersurat, yang sebenarnya perlu dinilai dengan mata hati.Itulah sebenarnya yang patut kita teliti. Barulah sedikit demi sedikit, akan tertanam perasaan bertuhan dalam diri kita.

Saya sangat berminat mengkaji manusia.. minat saya semakin bertambah apabila saya antara insan pilihan Allah yang terpilih untuk sama-sama mengetahui dengan lebih mendalam tentang Sultan Muhammad Al-Fateh. Walaupun saya kira saya agak ketinggalan kerana saya baru sahaja merangkak-rangkak ingin menghabiskan buku tentang kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, tapi inilah peluang saya yang terbaik untuk mengkaji tentang Sultan Muhammad Al- Fateh yang telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w sejak 800 tahun sebelumnya bahawa orang yang berjaya menakluk konstantinople adalah sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera dan sebaik-baik rakyat.

Alhamdulillah, setelah tamat membaca novel tentang Sultan Muhammad Al-Fateh, sedikit sebanyak gambaran tentang Sultan Muhammad Al-Fateh telah dapat saya pelajari. Tetapi apa yang penting yang ingin saya kaitkan di sini adalah faktor ibadah antara salah satu elemen yang sangat penting dalam pembinaan elemen seorang insan. Sewaktu pembukaan Konstantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya ingin menunaikan solat berjemaah dan baginda mencari siapakah yang paling layak untuk menjadi imam bagi solat tersebut. Satu-persatu soalan diajukan yang mengkehendaki siapa yang tidak pernah meninggalkannya akan berdiri..bermula dari solat fardhu, solat sunat Rawatib dan akhirnya solat tahajud. Akhirnya, hanya Sultan Muhammad Al-Fateh yang berdiri, menunjukkan bahawa selama hidup beliau, beliau tidak sekalipun meninggalkan solat tahajud, apatah lagi silat fardu dan solat sunat rawatib. Dan akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri yang mengimani solat tersebut.

Ada banyak perkara yang kita boleh pelajari dari kisah tersebut yang kadangkala kita tidak ambil berat, pandang enteng. Melakukan kerja Islam tapi mengabaikan dan melewatkan-lewatkan solat. Apatah lagi mahu berpuasa sunat Isnin dan Khamis, susah benar rasanya...sedangkan kekuatan jasmani itu akan lahir dari rohani yang sihat. Dalam istilah dan kajian sains yang salah satunya pernah saya baca iaitu Terapi Solat Tahajud karangan Dr Asri Zainal Abidin, merungkaikan bagaimana perasaan ikhlas seorang hamba dalam melakukan ketaatan kepada Allah boleh menghasilakan tubuh badan yang cergas dan minda yang sentiasa positif. Ia adalah hasil dari ransangan yang berlaku dalam tubuh badan kita. Maksudnya, jika seseorang itu bangun untuk solat tahajud pada malamnya, dia sepatutnya aktif dan berfikiran positif pada esoknya, jika dia sendiri ingin menilai niatnya sewaktu melakukan solat tahajud tersebut.

Islam dan Sains tidak pernah bercanggah. Apa yang disuruh oleh Allah pasti ada kebaikan pada setiap hamnbaNya jika betul niat dan caranya. Moga Ramadhan yang berlalu berjaya mendidik hati kita supaya sentiasa istiqomah dalam keimanan. Amin

06 August 2009

Perikatan Anti-Islam

Sudah lama rasanya saya tidak memperbaharui blog saya ini. Bukan sengaja ingin membiarkan blog ini yang jika dapat dinilai dari segi zahirnya, mungkin sudah berhabuk, akibat sudah lama tidak dicuci. Keterbatasan saya untuk mengakses internet mungkin salah satu faktor. Namun, ia bukan alasan sebenarnya, tapi itulah yang dapat saya katakan mungkin..Memang sudah lama saya berhajat ingin membeli laptop, namun mungkin saya perlu lupakan hajat saya itu buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada perkara yang lebih aula dan penting..FIRST THING FIRST.

Saban hari juga saya berfikir tentang isu yang ingin saya ketengahkan. semakin hari, saya rasakan semakin ketandusan idea, mungkin kerana saya kurang menambah pembacaan saya. Sebulan berada di UIA, kadangkala rasa seperti saya baru memasuki asrama semasa di tingkatan satu..Apa tidaknya, setiap minggu saya akan pulang ke rumah, sehingga sahabat saya bertanya adakah saya mempunyai masalah ataupun " homesick". mungkin kerana pelik dengan tabiat saya yang gemar betul pulang ke rumah. Saya sendiri pun sangsi dengan kelakuan saya, mungkin saya sedang mencari kembali diri saya yang saya rasakan semakin pudar semangat.

Alhamdulillah, walaupun saya tidak menyambung pelajaran ke luar negara, namun suasana di uia yang mempunyai ramai pelajar-pelajar dari luar menyebabkan kadang-kadang saya terasa seperti berada di luar negara. Kesempatan ini saya gunakan dengan sebaiknya untuk berkongsi pengalaman dengan mereka.

Sesungguhnya, apabila kita mendengar sendiri cerita dari mereka tentang keadaan mereka di negara mereka, pergolakan di negara mereka, terasa sebak di hati. Ada sahabat-sahabat sekelas saya yang berasal dari Palestine, Yala ( Thailand), Afghanistan, Iraq, Urbakistan, Yaman, Arab Saudi, UAE ( United Arab Emeriah), China dan Arab Saudi. Teringat beberapa sesi di dalam kelas, yang mana kadangkala kami diminta untuk membincangkan sesuatu topik, Seorang sahabat saya daripada Palestine, yang benama Du'a berkongsi kepada kami bahawa kesusahan yang mereka alami di sana seperti yang kita lihat di media adalah terlalu sedikit jika hendak dibandingkan dengan kesengsaraan sebenar yang mereka alami. Pensyarah saya kemudian mengatakan bahawa Malaysia sudah menghantar wang dan bantuan ke sana. Du'a kemudian menjawab, wang semata-mata tidak cukup untuk membantu mereka di sana, tetapi mereka perlukan umat Isalm bersatu supaya dapat menyelamatkan dan mempertahankan masjidil Aqsa. sahabat saya daripada Yala pula bercerita bahawa di sana kematian adalah perkara yang biasa di tiga buah perkampungan Islam iaitu Yala, Pattani, Narratiwat. Umat Islam di sana sentiasa diperlakukan dengan kejam oleh kerajaan Thailand. Sahabat saya daripada Iraq pula mengatakan bahawa mereka di sana juga menghadapi situasi yang sama, peperangan di antara puak Sunni dan Syiah, dan setiap hari, bekalan elektrik hanya dibekalkan selama 5 jam dan di sana juga tiada punca air yang bersih untuk diminum. Hakikatnya, umat Islam di seluruh dunia sedang ditindas dan sudah semestinya usaha-usaha untuk menegakkan kembali Islam dan membangunkan kembali semangat dan nilai-nilai Islam akan sentiasa mendapat tentangan.

Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, ada usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang berlainan.

Orang Serbia di Bosnia, pejuang Hindu di Kashmir, orang Rusia di Kaukasus, dan rejim-rejim penindas kini memerangi umat Islam di negara-negara seperti Algeria, Mesir, dan Maghribi. Namun, kuasa-kuasa anti-Islam ini, yang kelihatan tiada perkaitan dengan yang lain, kesemuanya bertindak dengan logik yang sama, strategi yang serupa, dan menggunakan modus operandi yang sama. Faktor asasnya ialah mereka semua antiagama Islam.

Kuasa-kuasa yang menafikan kewujudan Allah itu dan melihat agama-agama ketuhanan - terutamanya Islam, satu-satunya agama yang korup - sebagai musuh paling berbahaya kepada sistem sekular mereka dan seterusnya mengisytiharkan perang keganasan terhadap agama dan mereka yang beriman, sebenarnya mewakili ideologi-ideologi ateis.

Inilah sebabnya mengapa musuh sebenar Islam bukannya orang-orang Serbia, Hindu ataupun pelbagai rejim-rejim penindas yang lain, tetapi adalah pegangan tidak beragama yang menyelubungi dunia ini. Dasar peperangan menentang Islam tersebut berakar-umbi daripada ateisme dan telah bermula sejak sekian lama.

Kolonialisme dan kebencian terhadap Islam

Bangsa-bangsa kolonialis seperti Britain, Perancis dan Itali telah melakukan penderaan yang sangat kejam ke atas umat Islam yang tinggal di negara-negara Islam yang mereka jajah, dan juga turut melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Dunia Islam tidak selalunya kekal statik. Beberapa ratus tahun dahulu, dunia diperintah oleh empayar Islam. Pada permulaan tahun 1700, hampir seluruh dunia Islam ditadbir oleh tiga empayar agung. Empayar Moghul memerintah India, manakala Empayar Safavid memerintah Iran dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Kuasa ketiga dan yang paling berkuasa ialah Empayar Uthmaniyah, yang memerintah seluruh Semenanjung Balkan termasuklah Anatolia (sekarang digelar Turki), Mesopotamia (sekarang digelar Iraq dan Syria), Semenanjung Arab, dan Afrika Utara.
Walau bagaimanapun, ketiga-tiga empayar tersebut akhirnya hilang secara beransur-ansur daripada peta dunia. Empayar Moghul menjadi lemah, menjadi semakin kecil, dan akhirnya tumbang. Sub-benua India akhirnya jatuh ke dalam tangan kolonial British. Kawasan yang dikenali sebagai Indocina telah dikoloni oleh Perancis. Kerajaan Safavid di bahagian tengah Asia akhirnya jatuh di bawah pemerintahan British dan Rusia.

Empayar Uthmaniyah, empayar umat Islam ketiga dan yang paling kuat, akhirnya menjadi semakin kecil bermula sejak permulaan abad kesembilan belas.Tanah-tanah jajahan Uthmaniyyah di Barat telah jatuh ke tangan Rusia, dan negeri-negeri Balkan telah dipengaruhi olehnya. Timur Tengah, Semenanjung Arab dan Afrika Utara telah dikuasai oleh British, Perancis dan Itali. Dengan berakhirnya Perang Dunia Pertama, sebahagian besar dunia Islam telah diperintah oleh kerajaan-kerajaan bukan Islam.

Britain dan Perancis 'mentadbir' umat Islam di Timur Tengah, Afrika Utara, dan Timur Jauh. Dengan kata lain, mereka menuai dan menggunakan sumber-sumber alam negara Islam untuk kepentingan mereka sendiri. Soviet Rusia mengambil alih Kaukasus dan Asia Tengah, dan umat Islam di kawasan tersebut telah diperhambakan di bawah tekanan rejim komunis. Itali menawan Libya pada tahun 1911, dan kemudian melakukan penaklukan berdarah ke atas Abyssinia (sekarang digelar Ethiopia-Habsyah) pada tahun 1930-an.

Satu ciri penting polisi-polisi Britain dan Perancis terhadap Timur Tengah ialah penubuhan negara-negara boneka yang dipergunakan untuk memenuhi segala keperluan mereka. Order palsu di Timur Tengah itu telah menjadi benih beracun yang membawa kepada berlakunya peperangan demi peperangan.

Dua kuasa besar penjajah Eropah itu telah dipaksa berundur dari kawasan tersebut setelah selesai Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, mereka pergi dengan meninggalkan satu kuasa penjajah yang lebih kejam, lebih agresif, dan lebih dahsyat, Israel.

Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam dunia Islam turut menindas umat Islam, dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini. Tambahan, kuasa-kuasa luar tersebut telah mewujudkan beberapa ideologi baru yang sangat asing kepada dunia Islam, seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi 'musuh dalam selimut' kepada masyarakat Islam.

Seharusnya, kita semua mengambil iktaibar agar kita tidak leka di saat Umat Islam yang lain dari seluruh dunia ditindas. Jika kita tidak mampu sekalipun untuk membantu mereka untuk sama-sama berjihad, seharusnya, kita tidak lupakan mereka di dalam doa kita. Moga hati-hati kita semua bersatu. Amin..

Sekadar perkongsian cerita daripada saya..

06 July 2009

Adakah anda muslimah yang berfikir?



Tangan Yang Menghayun Buaian,

Mampu Menggoncang Dunia...


Hebatnya muslimah jika kelebihan yang ada disalurkan pada jalan yang betul,

namun kita juga patut melihat kepada betapa kelebihan yang dimiliki wanita mampu untuk menghancurkan sebuah empayar, dinasti dan memecahbelahkan pentadbiran kerajaan suatu ketika dahulu..


Saya juga tertanya kepada diri saya, adakah saya wanita yang berfikir?

Apakah matlamat, visi dan misi saya?

Apakah matlamat yang ingin saya capai daripada apa yang saya pelajari?

Kesemuanya memerlukan goal setting yang jelas agar kita sentiasa berusaha yang terbaik demi mencapai ke arah matlamat tersebut..

Apapun cita-cita kita, biar jelas matlamatnya..


Teringatkan pesan seorang sahabat ketika ingin memulakan langkah ke ipta:( secara ringkasnya)


Apabila ditanya tentang matlamat saya memilih bidang pendidikan( bimbingan dan kaunseling), saya cuma mengatakan bahawa saya ingin membimbing generasi akan datang supaya mengenal tuhan.


namun, sahabat saya mengatakan kepada saya, bahawa saya mesti bercita-cita besar, bukan sekadar melahirkan orang yang kenal agama, sebaliknya melahirkan seorang negarawan yang mempunyai sifat ubudiyyah..Negarawan adalah orang yang mahir dalam selok-belok pemerintahan negara. dalam masa yang sama, memiliki sifat taqwa kepada Allah.


begitu besar sekali matlamat yang sepatutnya ada pada setiap individu walaupun kadang-kadang terfikir adakah kita mampu mencapainya..


terima kasih kepada sahabat saya tersebut.



Wanita Muslimah yang memahami dengan jelas tentang hidupnya yang sebenar hanyalah untuk mencari keredhaan Penciptanya dan yakin bahawa Jannah (syurga) atau Jahanam (neraka) merupakan balasan diakhirat, adalah seorang wanita yang berfikir. Dia adalah seorang yang tidak akan terpedaya dengan mitos kecantikan atau berusaha sedaya upaya untuk menerima imej dangkal yang dipropagandakan oleh Negara Kapitalis Barat. Dia tidak akan terpengaruh dengan dakyah dangkal yang membincangkan tentang kecantikan, rambut atau fesyen yang betul, atau membuang masa dan tenaga cuba untuk mencapai harapan yang tidak realistik sepertimana yang didefinasikan oleh masyarakat Barat sebagai “wanita yang cantik”.


Keutamaan dalam kehidupannya adalah bagaimana menjadi seorang hamba yang tawaddhu’ kepada Penciptanya dan mengumpulkan sebanyak pahala yang mungkin untuk hari kemudian.Model contoh dalam kehidupannya bukan pelakon filem, pemuzik atau model yang superfisial di Barat atau Timur tetapi lebih kepada Sahabiyaat dan wanita Muslim lampau yang mengabdikan diri hanya kepada Allah dengan memenuhi segala tanggungjawab kepadaNya dengan sepenuh daya tenaga mereka. Mereka ini dikenalpasti dan disanjung oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam ulama-ulama dan didalam sirah Islam bukan kerana kecantikan mereka tetapi kerana keperibadian yang tinggi dan kebijaksaan yang berkualiti, kedermawanan, kerendahan diri, kesetiaan, keberanian, kekuatan, pengorbanan dan menjadi isteri-isteri yang taat dan ibu-ibu yang penyayang. Mereka diiktiraf didalam budaya Islam bukan kerana paras rupa mereka tetapi kerana menjadi pemikir-pemikir yang hebat, cendikiawan yang hebat, pejuang-pejuang yang hebat, pensyair-pensyair yang hebat dan ahli-ali politik yang hebat dan juga para pendakwah yang hebat.


Wanita-wanita seperti Khadijah Radhiallahu anha isteri pertama Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam yang menyokong suaminya didalam berdakwah untuk membentuk Negara Islam yang pertama telah sanggup mengharungi segala kesukaran dan rintangan dengan tabah dan sabar, malah menyaksikan penderitaan anak-anak beliau pada masa yang sama. Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam berkata mengenainya “Aku tidak pernah berjumpa isteri yang lebih baik dari beliau. Dia mempercayai aku ketika orang lain, walaupun ahli dan kaum keluargaku sendiri tidak mempercayai aku, dan menerima bahawa aku adalah Rasul dan Pesuruh Allah yang sebenar. Dia memeluk Islam dan membelanjakan segala harta bendanya untuk membantu aku menyebarkan kepercayaan ini dan juga pada ketika seluruh dunia menentang dan menganiaya aku. Dan melaluinya, Allah mengurniakan aku dengan cahayamata.”Sedemikianlah keperibadiannya sehingga Allah Subhanahu wa Taala mengirimkan salam kepadanya sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah dalam sebuah hadis yang menyatakan bahawa Malaikat Jibrail datang kepada Rasul Sallallahu Alaihi wa Sallam dan berkata, “Wahai Pesuruh Allah! Khadijah akan datang kepada kamu dengan membawa semangkuk sup daging. Apabila dia sampai kepada kamu, sambutlah dia bagi pihak Tuhan kamu dan diriku, dan berilah dia khabar gembira bahawa sebuah istana yang diperbuat dari Oasab menantinya disyurga yang tidak akan ada sebarang kebisingan dan kesusahan.” [Riwayat Bukhari]



Wanita-wanita seperti Fatimah Radhiallahu anha anak perempuan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang sangat pemurah seperti perumpamaan cahaya api diatas bukit yang memberi panduan kepada kapal-kapal yang lalu. Contohnya, pada suatu ketika dimana Salman Radhiallahu anhu salah seorang dari rakan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam cuba mencari makanan untuk seorang Muslim yang kelaparan kerana telah tidak makan untuk beberapa lama. Dia membawa orang tersebut kebeberapa buah rumah tetapi tiada sesiapa pun yang dapat memberikan sebarang makanan. Tiba-tiba dia sampai kerumah Fatimah, lalu mengetuk pintu serta memberitahu tujuan kedatangannya. Dengan airmata berlinangan, Fatimah memberitahunya bahawa dia telah tiga hari tidak mempunyai sebarang makanan dirumah. Walaupun begitu, Fatimah enggan menolak tetamu tersebut dan berkata, “Aku tidak boleh menghantar pulang seorang tetamu yang kelaparan tanpa memberi sebarang makanan kepadanya”. Fatimah lalu merayu Salman supaya memberikan sehelai pakaian kepunyaannya kepada Shamoon, seorang Yahudi untuk ditukarkan dengan sedikit jagung. Orang Yahudi tersebut sangat kagum dengan kemurahan hati anak perempuan Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam lalu memeluk Islam. Salman membawa jagung tersebut kepada Fatimah, lalu dikisarnya jagung tersebut untuk dijadikan beberapa buku roti. Apabila Salman mencadangkan supaya Fatimah menyimpan beberapa buku roti untuk diri dan keluarganya, Fatimah menjawab bahawa dia tidak mempunyai hak keatasnya kerana dia telah menyerahkan pakaian tersebut kerana Allah.


Wanita-wanita seperti Aisyah Radhiallahu anha isteri kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam adalah seorang yang bijaksana dan mempunyai daya ingatan yang sangat kuat, telah meriwayatkan lebih 2,000 buah hadis. Beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam dibidang tafsir, hadis, fikih dan Shari’ah. Didalam suatu mimpi Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam, Malaikat Jibra’il menunjukkan satu gambar Aisyah yang dibaluti oleh sutera berwarna hijau dan berkata, “Dia adalah isterimu didunia dan akhirat.”Wanita-wanita seperti Khansaa seorang penyair yang mahir dan menggunakan kemahirannya untuk memotivasikan anak-anaknya berjihad untuk menaikkan ayat-ayat Allah yang Maha Tinggi dengan berkata kepada mereka, “ Kamu tahu ganjaran yang Allah janjikan kepada orang -orang yang berjuang untuk menentang orang - orang yang memusuhi jalanNya. Kamu harus ingat bahawa kehidupan akhirat adalah jauh lebih baik dari kehidupan dunia yang sementara ini. Apabila kamu bangun dikeesokan paginya, bersedialah untuk melakukan yang terbaik didalam peperangan. Berjuanglah menentang musuh dan mintalah pertolongan dengan Allah. Apabila kamu melihat api peperangan menyala, pergilah kamu ketengah medan peperangan dan hadapilah ketua-ketua musuhmu. InsyaAllah, kamu akan tinggal disyurga dengan kemuliaan dan kejayaan”. Keesokan harinya, keempat-empat anaknya melangkah kemedan peperangan Qadasiyyah, sambil mengulang-ulangi syair ibu mereka dan berperang sehingga mereka terbunuh. Apabila Khansaa menerima berita kematian anak-anaknya, dia berkata, “Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakan aku dengan kesyahidan mereka. Aku berharap agar Allah mempertemukan aku dengan mereka dibawah lindungan Yang Maha Pengasih”.


Wanita-wanita seperti Ummu Amarah Radhiallahu anha seorang pejuang yang sangat mahir dan telah berjuang didalam banyak peperangan termasuk Perang Uhud, Hunayn dan Yamamah. Seorang yang melindungi Rasullullah dengan badannya serta mengalami banyak kecederaan didalam Peperangan Uhud. Rasullullah Sallallahu Alaihi wa Sallam pernah menceritakan ketika Perang Uhud dimana sahaja dia beralih, kekiri atau kekanan, dia melihat Ummu Amarah berjuang bermati-matian untuk melindunginya. Beliau berdoa untuk Ummu Amarah dan keluarganya yang telah berjuang dengan penuh semangat dan kekuatan pada hari tersebut dan bersabda; “Ya Allah! Jadikanlah keluarga ini teman –temanku disyurga.”Wanita-wanita seperti Ummu Shareek yang mengabdikan dirinya untuk berdakwah kejalan Islam dikalangan wanita-wanita Quraish sehingga pada satu masa dia dihalau dari masyarakat oleh ketua-ketua orang Quraish dan wanita-wanita seperti Sumayyah yang pertama syahid kerana Islam, yang sentiasa menyeru kepada orang ramai untuk menyembah Allah Subhanahu wa Taala walaupun sedang diseksa oleh Abu Jahal.KhatimahWanita Muslimah adalah individu yang berfikir, seorang yang tidak membuta tuli meniru dan menurut orang-orang disekitarnya walaupun dia menentang kebiasaan masyarakat. Dia bukanlah seorang individu yang merasa rendah diri kerana imejnya tetapi dia adalah seorang wanita yang yakin dengan kehidupan yang telah dipilihnya untuk memwujudkan kebenaran Islam melalui minda dan keyakinanya. Akhirnya, dia bukanlah seorang wanita yang hanya taksub dengan imejnya sendiri; keterampilan atau kehidupan tetapi sebagai seorang individu yang mengetahui urusan dunia, memahami masalah-masalah manusia dan berfikir dengan hati-hati tentang peranannya untuk merealisasikan sistem yang sebenarnya untuk mentadbir manusia; iaitu Daulah Khilafah.



Binalah diri kita pada hari ini untuk generasi masa depan..





Ghurur.. Bila derhaka dalam taat


Maksud ghurur ialah tipudaya. Asal daripada perkataan "Gharaa" (terpedaya). menurut kamus Al-Marbawi, selain maksud tipudaya, " Ghurur" juga diertikan dengan maksud "syaitan" dan " segala yang sia-sia". Orang yang terkena penyakit ghurur selalulnya lupa bahawa di sebalik ketaatan yang ditunjukkan melalui amalan zahirnya tersembunyi sifat derhaka dalam perkataan lain melakukan " derhaka dalam taat"

Maksud orang yang derhaka dalam taat ialah orang yang tidak sedar darinya melakukan amalan yang kelihatan pada zahirnya baik, tetapi hakikatnya ia dibenci dan dimurkai oleh Allah, kerana terselit niat dan perasaan tidak ikhlas, riak, ujub, sombong, mengharapkan ganjaran dunia, mengharapkan pujian, kerana mencari pengaruh dan lain-lain.

orang yang riak juga dianggap oleh Allah sebagai " penipu" dalam mengamalkan perintah agama. ( Surah Al-Maun: 4-6)

terdapat dua golongan yang dianggap melakukan derhaka dalam taat iaitu :

1)Amal yang tidak sempurna
Orang yang mengamalkan syariat lahir dan batin tetapi kedua-duanya tidak sempurna dan dalam masa yang sama ia masih terlibat dengan dosa dan maksiat, sama ada maksiat zahir dan batin.


Contohnya, melakukan semua perintah fardu di samping amalan-amalan sunat seperti solat sunat tahajud, puasa sunat, baca Al-Quran dan lain-lain dan adalanya dia pemurah, lemah-lembut. Tetapi dalam masa yang sama, kehidupannya masih lagi terlibat dengan riba, pendedahan aurat, pergaulan bebas, mengumpat, menfitnah, mencerca, sombong dan cinta dunia.


Golongan ini dianggap golongan derhaka dan ia tidak lepas dari api neraka. Imam Ghazali berkata: " kalau kamu tidak boleh ( belum mampu) bangun untuk solat tahajud malam( amalan sunat), jangnlah buat dosa( haram) di siang hari. kerana tidak ada gunanya berbakti kepada Allah di malam hari ( tahajjud) tetapi derhaka (buat perkara haram) di siang hari."

2. Cuai dengan amalan batin

Orang yang banyak mengerjakan amalan-amalan zahir tetapi cuai terhadap amalan-amalan batin. orang ini kelihatan pada zahirnya sempurna, baik tetapi hatinya penuh dengan hasad dengki, jahat sangka, sombong, bakhil, riak, ujub, cinta dunia, mementingkan diri dan lain-lain. Selain itu, ia suka juga menghina dan memandang rendah kepada orang yang kurang ibadah, kerana menyangka dirinya hebat. Dia rasa tenang dan senang dengan ibadahnya dan rasa yakin akan selamat di Akhirat. Ia menyangka dengan amalannya pasti Allah akan memberinya kedudukan yang mulia di dalam syurga. Orang ini dianggap derhaka kepada Allah dalam amalan taatnya. Sebenarnya ia jauh dari Allah dan hatinya terputus dengan Allah.


Oleh itu dalam menilai amalan, para ulama menyimpulkan: Biar sedikit amal walaupun sekadar yang fardu sahaja, tetapi di dalam hati tersemat rasa takut pada Allah(taqwa) daripada banyak amal lahir tetapi tiada rasa taqwa. Walaupun banyak dan hebat ibadah seseorang, tetapi selagi hatinya tidak zuhud pada dunia, selama itu ibadahnya tidak bernilai.

Seorang manusia yang telah selesai melakukan perintah Allah, tetapi dalam masa yang sama, jika hatinya tidak beradab dengan Allah, masih ada riak, ujub dan lain-lain, belum tentu Allah menerima amalannya. Firman Allah, maksudnya:

" Ada pun orang yang enggan dan menyombongkan diri, maka Allah akan menyeksa mereka dengan seksaan yang pedih." ( An-Nisa' :173)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,

" Sesungguhnya yang amat aku takuti sekali di antara segala perkara yang terjadi ke atas kamu ialah syirik kecil". sahabat bertanya "Apakah syirik kecil itu?" Baginda s.a.w menyambung: " Di akhirat kelak, iaitu sewaktu setiap manusia melihat amalannya, Allah berfirman kepada mereka : "Pergilah kamu semua kepada sesuatu yang kamu niatkan ( menunjuk-nunjuk) amalan kamu ketika di dunia. Lihatlah apa yang kamu boleh perolehi balasan dari mereka itu?" ( Riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Petkan dari Majalah Solusi ( Isu Perdana)
Moga ada manfaatnya kepada kita semua.

15 May 2009

manusia oh manusia bhgn 2

Sejak daripada peristiwa tersebut, saya terus tekad untuk terus istiqomah dengan apa yang saya pelajari di sekolah.
Dan kata-kata ustaz akan sentiasa saya jadikan sebagai kata-kata azimat yang akan terus saya sematkan dalam menempuh kehidupan yang penuh mencabar ini.

Kehidupan diteruskan…

Ilmu dan bimbingan yang didapati di sekolah terus menampakkan sinar kepada saya bahawa Islam adalah cara hidup yang sebenar..

Tapi memerlukan pengaplikasian…

Memerlukan kefahaman..

Memerlukan kesungguhan…

Dari situ akan datangnya cinta…

Cinta kepada cara hidup Islam yang sebenar…

Kuliah maghrib…
Bacaan mathurat…
Kem Islah…
Sembahyang berjemaah…
Usrah …
Muhasabah oleh kakak-kakak,
Denda-denda …
Pesanan Ustaz Syed setiap pagi..
Nasyid “Umat Islam sentiasa boleh” setiap pagi sabtu dan ahad..


“ Islam ni ramai yang suka jadi penyokong, tapi tidak ramai yang nak jadi pendokong, kita semua kena jadi pendokong”, pesanan ustaz Syed sewaktu tazkirah

“ Kalau bukan sekarang bila lagi, kalau bukan di sini, di mana lagi, kalau kita siapa lagi?” kata seorang senior sewaktu sesi tazkirahnya.

“ Kalau kita nak jadi pendakwah, kita kena buang 3 sifat ni dalam diri kita iaitu pemalas, penakut dan kedekut” kata seorang senior

Semuanya masih segar di ingatan..

Alhamdulillah…

Pulang ke rumah, segala-gala yang saya pelajari sentiasa diuji untuk dipalikasikan..
Benar..ACTION SPEAK LOUDER THAN TALK..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Poligami..kalau salah caranya dan salah pemahamannya, memang akan meruntuhkan institusi keluarga, memecah-belahkan dan begitu merumitkan..

Perebutan harta dan tanah…
Terjadi apabila manusia terlalu mengejar kebendaan,
Menganggap harta dan kekayaan adalah kebahagiaan yang hakiki,
Hakikatnya hati mereka kosong,
Jauh dari ketenangan yang hakiki,
Semuanya hanya melahirkan perasaan hasad dengki yang tidak berkesudahan,
Tali silaturrahim terputus,
Akhirnya kita sendiri yang merana…

Alhamdulillah, ada hikmahnya saya dibesarkan dengan menyaksikan segala kejadian tersebut di depan mata, tidak kurang terkena tempiasnya…
Mungkin akan lebih mematangkan saya untuk meniti kehidupan ini..

Tapi apabila saya kembali ke sekolah,
Segala-galanya menjadi tenang kembali…
Segala pengisian di sekolah mampu menjadi “ ubat” kepada jiwa saya,
Dan akhirnya sedikit demi sedikit saya boleh menerima realiti yang berlaku,
Dan segala yang saya alami memerlukan kepada satu jawapan sahaja,

“KEMBALILAH KEPADA CARA HIDUP ISLAM!”

Ya, itu jawapan yang saya dapati..
Islam Is The Way of Life..
Segala yang berlaku mengajar saya..

Erti kesabaran,
Erti bertimbang rasa,
Erti berkorban,
Erti kasih-sayang…

Kisah ini saya ceritakan daripada lipatan sejarah saya kepada sahabat-sahabat bukan untuk menunjukkan bahawa sayalah manusia yang paling tabah atau paling tabah, ada lagi yang lebih dasyat dan lebih berat ujiannya daripada saya, sekadar ingin mengingatkan sahabat…

Jika kita dari keluarga yang Islamic, jangan kita lalai, selesa dengan kehidupan yang kita ada…
Subuh kita mak dan ayah kejutkan,
Setiap Waktu solat hendak diigatkan,
Sepatutnya kita yang jadi contoh, tapi sebaliknya,
Kita pula yang perlu sentiasa diperhatikan,
Kehidupan mak dan ayah aturkan,
Selesa… terlalu selesa,
Pernah saya terdengar satu kata-kata,
“Kalau orang yang duduk dalam kegelapan, apabila nampak cahaya, dia akan menuju kearah cahaya tersebut , berlari-lari ke arahnya, tapi kalau orang yang sudah duduk dalam cahaya, nak lari ke mana lagi? Dah duduk dalam cahaya…apabila mereka terpaksa duduk dalam kegelapan, baru mereka hargai kehidupan dalam cahaya dahulu!
Begitulah kita..
Kita lupa kepada orang di sekeliling kita yang memerlukan bantuan kita untuk menuju kea rah cahaya tersebut..
Cahaya Islam..
Itu kerana kita terlalu selesa hidup di dalam cahaya!

Bagi sahabat yang keluarganya kurang pemahaman agama,
Teruskanlah dakwah kepada mereka,
Tunjukkan contoh yang terbaik kepada mereka,
Doakan mereka,
Jadilah wasilah kepada tercetusnya hidayah tersebut..
Jangan rasa menyesal dibesarkan dalam keluarga tersebut,
Kerana itu caranya Allah ingin menguatkan jiwa dan hati kita…
Mungkin kita “Dihantar” untuk menyedarkan mereka,
Benda yang susah kita nak dapat, apabila kita dapat, kita akan hargainya!

Moga ada manfaatnya kepada sahabat-sahabat dan yang lain.
Amien...



13 May 2009

manusia oh manusia..bhgn 1

insan, manusia, ape ye yang pelik tentang manusia ni?
kadang-kadang sukar hendak digambarkan dan difikirkan tentang tabiat dan karenah manusia. berbagai ragam dan bermacam2 peelnya...manusia, jika akal dan hatinya tidak dipandu dengan iman, maka akan rosaklah manusia itu...entah mengapa, saya suka mengkaji dan menganalisis tentang manusia, tabiatnya...dan mungkin blog saya ini banyak membicarakan tentang manusia..mungkin itu sudah menjadi tabiat sejak dari kecil lagi, berdasarkan pengalaman dan apa yang berlaku di sekeliling saya...kemudian otak ini tiba2 akan mengakses dan menapis segala tabiat-tabiat manusia itu dan membuat kesimpulan...kesimpulan yang mugkin baik dan mungkin buruk...pepatah melayu, ambil yang jernih, buang yang keruh...pepatah Inggeris pula ada mengatakan, "what you see is what you get"...ada betulnya...teringat waktu kecil dahulu, setiap kali keluar bersama emak dan abah, mereka memang tahu tabiat saya, apa lagi, memerhatikan gelagat orang la..sehingga kadang-kadang tidak tersedar dah ketinggalan jauh dari mereka.."dah2 la tengok orangnya kaklong, sampai tak berkelip mata"..sehingga pernah pada satu malam, saya tersesat di pasar malam gara-gara sibuk memerhatikan orang, mujurnya teringat dimana abah meletakkan motorsikalnya...

Sebenarnya berat untuk diceritakan tentang pengalaman hidup, tapi mungkin boleh dijadikan ikhtibar buat sahabat-sahabat..atau sekadar perkongsian cerita dari saya..tentang realiti kehidupan..kadang-kadang saya berfikir “aku ni berfikir macam orang tua ke?”..em…mungkin…

Isu masalah keluarga…

Isu penceraian

Isu perebutan harta..

Isu poligami..

Isu dengki mendengki..

Isu buatan orang…

Isu kewangan..

Sejak kecil hidup saya dibayangi dengan perkara-perkara begini..
Menyaksikan di depan mata dan mengalaminya sendiri sememangnya begitu perit,
Saya yakin ada sahabat-sahabat yang pernah mengalami perkara yang sama..
Jadikan ikhtibar, jangan ulangi perbuatan yang sama tehadap generasi-generasi yang akan dating, mereka akan merasai impak yang buruk terhadap perbuatan kita..baru ingin mengenali dunia, tapi sudah dibayangi dengan masalah orang dewasa yang tiada kesudahan…

Bermula dari peristiwa santau yang berlaku di dalam keluarga kami gara-gara kakak sepupu saya menolak pinangan jejaka tersebut…kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga, kerana pinangan ditolak, habis satu keluarga di santaunya.. sehingga kemuncaknya, abang sepupu saya yang berumur 20 an meninggal dunia..sudah ajalnya, namun minda kecil saya ketika itu sentiasa tertanya-tanya, “kenapa ada orang sanggup buat camni kat orang lain, xdek perasaan kesian ke”…bertahun kami berikhtiar mengubat pennyakit santau tersebut, sehingga ibu saudara saya tidak boleh balik ke rumah akibat dibayangi gangguan yang pelik..
Menyewa di tempat lain, namun saban hari, kakak sepupu saya meracau, tidak sedarkan diri, kesian melihatnya..

Dalam masa yang sama, jiran berdekatan dengan rumah saya telah menghantar toyol ke rumah kami, ketika itu emak berniaga sambil bekerja…setiap hari duit hilang, dompet emak dan abah harus sentiasa dipegang, hatta ke bilik air sekalipun!
Terlalai sedikit, hilang…
RM 50 sekeping hilang…
RM 10 hilang…
RM 5 hilang..
RM 1 hilang..
Sehingga kemuncaknya, apabila kami sekeluarga berubat dengan ustaz,
RM 0.50 sen pun hilang!
Marah kerana kami berubat…
Jiran selang sebuah rumah dari rumah kami..
Minda saya ketika itu berfikir lagi..
“kenapa semua orang suka buat jahat pada orang?”
Duit itu disara anak-anaknya..
“Patutla anak2 tak menjadi, makan duit haram”kata emak pada suatu malam..saya hanya mendengar, mungkin sudah tidak tahan dengan keadaan sedemikian..

* * * * * * * * * * * * * * * * *

Usia semakin meningkat, alhamdulillah, diterima masuk ke SMKA TAHAP merupakan permulaan hidup baru..

“orang sekolah agama pun sama je, tengok si fulanah tu, sekolah agama dulu, tapi dok keluar dengan lelaki kehulu kehilir”..
“ tengok fulan tu, ustaz tu, tapi subuh kadang2 x sembahyang, orang sek agama pun sama je “


Panas telinga saya mendengarnya, maklumlah, baru masuk ke sekolah agama.
Mata memerhati, telinga mendengar dan hati mula menilai..

“Betul ke orang agama pun buat macam tu??”
Persoalan tanpa jawapan…

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Seperti biasa, di sekolah, selepas maghrib akan diadakan tazkirah, bergilir-gilir ustaz datang mencurahkan ilmunya kepada kami anak-anak pelajarnya..

“ yang muslimat dengan sepupu wajib tutup aurat, kena pakai tudung, kamu boleh kawin dengan sepupu”, kata ustaz. Isu aurat memang menjadi isu hangat ketika sesi tazkirah.

Terfikir kembali…

“aku tak pakai tudung dengan sepupu”

Kesedaran tiba-tiba terbit. Di takdirkan juga, saya mempunyai seorang sepupu lelaki yang sebaya dengan saya di sekolah, cuma berbeza tingkatan kerana dia lompat kelas. Saya nampak sepupu saya itu dari jauh, kerana tazkirah maghrib di surau, jadi tirai akan dibuka setiap kali kuliah bermula.

“alamak, malunya, Syakir pun dengar apa yang ustaz cakap”saya mengomel di dalam hati.
sewaktu pulang ke kampung, saya cuba membawa perubahan dengan memakai tudung. Rasa bersalah menyelubungi jiwa apabila hokum yang diketahui, tapi tidak diamalkan.

“pakai tudung kaklong? Tanggal jelah, bukan ada orang lain pun kat dalam umah nie, sedare belaka, pakai skaf dah la” ujar salah seorang ibu saudara saya.

Saya naik ke atas, berkira-kira ingin membuka tudung, tapi masih berfikir..

“nak pakai ke tak?”soalan itu berteka teki dalam kepala saya.

“cane ni, pakai jelah” hati kecil membuat keputusan. Saya terus turun dengan memakai tudung.

“pakai skaf dah la, panas ni..” ujar ibu saudara saya lagi.

“em, skaf kepala kaklong longgarlah, nak terkoyak dah” ujar saya spontan.

Dalam masa seminggu pulang ke kampong, macam-macam yang tak kena,
Rasa tidak kuat,
Rasa begitu susah untuk mempraktikkan apa yang dipelajari di sekolah,
Aplikasinya tidak sama di rumah,
Segalanya saya rasakan susah,
“ Pakai tudung biasa dah la kaklong, tengok kak yah tu, lagi la, sekolah sma tapi balik pakai tudung bawal je, biasa je, kat sek yelah, memang peraturan”
Komen salah seorang ahli keluarga saya ketika pagi raya.
“sibuk je, lantak orang la nak pakai apa pun, bukan suruh dia pakaikan pun” protes saya di dalam hati bila semua yang dilakukan tidak kena.

Hari berlalu…

Hati masih serba salah dengan keadaan yang berlaku..

Ketika kembali ke sekolah, sewaktu sesi tazkirah, saya menghantar soalan kepada ustaz Syed Nazir ketika sesi kuliahnya. Lazimya, bagi muslimat, soalan akan ditulis diatas kertas, dipaskan ke depan dan akan dikutip oleh muslimin.

“ Salam ustaz, saya dah cuba pakai tudung apabila pulang ke kampung tapi halangan begitu banyak, saya tak kuat, apa pendapt ustaz?”

Berdebar rasanya bila ustaz membacakan soalan saya. Ustaz kemudian menjawab,
“Rasulullah dulu berjuang dengan mata pedang kerana nak mempertahankan Islam, kita ni yang nak pertahankan nilai Islam dalam diri kita, sikit halangan tu pun dah tak boleh terima, di mana iman kita?” ringkas dan padat.

Aduhhh…pedihnya jawapan ustaz, menusuk di hati..
Di mana iman aku???

Bersambung…

manusia oh manusia...

insan, manusia, ape ye yang pelik tentang manusia ni? kadang-kadang sukar hendak digambarkan dan difikirkan tentang tabiat dan karenah manusia. berbagai ragam dan bermacam2 peelnya...manusia, jika akal dan hatinya tidak dipandu dengan iman, maka akan rosaklah manusia itu...entah mengapa, saya suka mengkaji dan menganalisis tentang manusia, tabiatnya...dan mungkin blog saya ini banyak membicarakan tentang manusia..mungkin itu sudah menjadi tabiat sejak dari kecil lagi, berdasarkan pengalaman dan apa yang berlaku di sekeliling saya...kemudian otak ini tiba2 akan mengakses dan menapis segala tabiat-tabiat manusia itu dan membuat kesimpulan...kesimpulan yang mugkin baik dan mungkin buruk...pepatah melayu, ambil yang jernih, buang yang keruh...pepatah Inggeris pula ada mengatakan, "what you see is what you get"...ada betulnya...teringat waktu kecil dahulu, setiap kali keluar bersama emak dan abah, mereka memang tahu tabiat saya, apa lagi, memerhatikan gelagat orang la..sehingga kadang-kadang tidak tersedar dah ketinggalan jauh dari mereka.."dah2 la tengok orangnya kaklong, sampai tak berkelip mata"..sehingga pernah pada satu malam, saya tersesat di pasar malam gara-gara sibuk memerhatikan orang, mujurnya teringat dimana abah meletakkan motorsikalnya...

sebenarnya berat untuk diceritakan, tapi mungkin


manusia oh manusia...