03 November 2013

Perkembangan Otak Remaja: Still under construction

~Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang~




Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang remaja atau teenagers. Bagi saya penting untuk kita memahami beberapa perkara supaya kita boleh bekomunikasi dan dapat memahami jiwa remaja. Remaja dahulu dan sekarang sudah lain. Cara mereka dibesarkan lain. Lain zaman lain caranya. Bagi remaja yang dilahirkan dalam keluarga yang bahagia, mereka mungkin membesar dengan suasana yang positif dan sihat, dan diserapkan nilai-nilai Islam. Namun, kita tidak dapat menafikan ramai juga remaja yang dilahirkan dalam keluarga yang tidak bahagia, meninggalkan ajaran Islam yang akhirnya menyebabkan perkembangan remaja berkembang dengan cara yang tidak baik. Remaja yang mempunyai masalah keluarga terutamanya cenderung untuk rely atau bergantung kepada kawan-kawan mereka. Baik kawan mereka, baik la jadinya. Salah pilih kawan, rosaklah mereka.

Ada beberapa peringkat remaja iaitu 

awal remaja ( early adolescence) - 11-14 tahun
pertengahan remaja ( middle adolescence) - 15-18/19 tahun
akhir remaja ( late adolescence) - 18/19- 21 tahun.

Zaman remaja diibaratkan sebagai jambatan yang menghubungkan antara pulau kanak-kanak dan destinasi utama adalah dewasa (main land). mereka mencari identiti diri mereka. Siapa yang mereka nak jadi. dan pada masa ini, remaja mula menjarakkan diri daripada keluarga dan mahukan sedikit kebebasan. Di sinilah ibu-bapa seharusnya memainkan peranan dengan memantau anak-anak mereka. dengan siapa mereka berkawan. kenalilah kawan-kawan mereka.

Walaupun sesetengah menganggap bahawa remaja sudah mampu berfikir dengan baik, namun kenyataannya adalah  pertumbuhan otak mereka masih lagi di tahap yang memerlukan bimbingan dari orang dewasa. 


"Scientists have identified a specific region of the brain called the amygdala which is responsible for instinctual reactions including fear and aggressive behavior. This region develops early. However, the frontal cortex, the area of the brain that controls reasoning and helps us think before we act, develops later. This part of the brain is still changing and maturing well into adulthood."




Gambar diatas menunjukkan bahawa otak remaja berfungsi dengan cara yang berlainan dengan orang dewasa. Cara mereka berfikir lain. Tindakan mereka banyak dipengaruhi oleh fungsi amygdala berbanding frontal cortex. 
Remaja selalunya:
-kurang berfikir sebelum bertindak
-kurang berfikir akibat daripada perbuatan mereka
-pandai mengeksplotasi perbuatan yang bahaya atau berisiko.

kesimpulannya. Bimbinglah remaja. terangkan kepada mereka.
Di dalam buku pendidikan anak-anak oleh Dr. Abdullah Nashih Ulwan, beliau menegaskan tentang tanggungjawab terbesar bagi ibu-bapa dan pendidik adalah :
1) Tanggungjawab pendidikan iman
2) Tanggungjawab pendidikan akhlak
3) Tanggungjawab pendidikan fizikal
4) Tanggungjawab pendidikan intelektual
5) Tanggungjawab pendidikan psikologi
6) Tanggungjawab pendidikan sosial
7) Tanggungjawab pendidikan seksual


___sekadar coretan perkongsian__











01 November 2013

Road to Khusnul Khatimah

_Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-

Hari demi hari, saya semakin kurang menukilkan sesuatu di dalam blog ini. Sibuk alasannya. Pernah juga terfikir hendak menutup blog, namun bila difikirkan mungkin juga ada orang yang mendapat manfaat apabila singgah di blog ini, saya batalkan hasrat saya. Dua tiga hari ini, banyak perkara yang saya fikirkan dan terbenam di lubuk hati. Membaca beberapa buah buku menyebabkan saya banyak berfikir...emm...banyak berfikir tentang bekal yang saya nak bawa berjumpa Allah. dihitung-hitung, dikira-kira...Allah..banyaknya yang masih saya tidak penuhi, banyak juga tanggungjawab yang tidak tertunai.

Apa yang boleh saya katakan, saya perlu merancang untuk mati. saya nak mati dalam khusnul khatimah. Pengakhiran yang baik adalah menjadi matlamat untuk semua muslim. Di dalam sebuah buku yang saya baca, Dimana Dia Di hatiku oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi, ustaz membicarakan tentang bagaimana dalam hidup ini, kita sering lupa antara tujuan hidup dan keperluan hidup. Apa dia tujuan hidup? Tujuan hidup adalah perkara yang pertama dan utama. Manakala keperluan hanya perkara kedua yang datang selepasnya.

Tujuan--mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh...ia adalah rasa kehambaan, takut, cinta, harap, taat.
Keperluan--makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta

Seringkali dalam kehidupan ini, kita terlalu mengejar keperluan hidup sehingga kita lupa tujuan hidup.Alangkah ruginya kita.

Bila difikir-fikir, kita sebenarnya sudah tidak ada masa yang perlu kita bazirkan, setiap waktu yang ada perlu digunakan sebaiknya. Dinukilkan dalam Al-Quran bahawa betapa ramai di akhirat kelak yang memohon dikembalikan ke dunia kerana ingin beribadat kepada Allah. Pada waktu itu, sesalan tidak lagi berguna. dan kegagalan di sana, adalah sebenar-benar kegagalan.. A true loser...

Ingat mati, ia menghidupkan hati.
Mintalah di setiap doa agar dimatikan dalam khusnul khatimah

Terangkanlah...terangkanlah
Jiwa yang berkabut langkah penuh dosa
bila masa telah tiada
kereta kencana datang tiba-tiba

Airmata dalam luka tak merubah ceritanya
hanya hening dan berjuta tanya
dalam resah dalam pasrah

Terangkanlah...terangkanlah...
hati yang mengeluh saat hilang arah
detik waktu yang memburu
detik yang tak pernah kembali padaMu

Terangilah..terangilah
bimbing kami dalam langkah
ampunilah...maafkanlah...
dosa hidup sebelum di akhir masa.

---amin---



18 September 2013

Nota buat diri

hidup ini bukan lah hanya mainan.
semuanya amanah.
satu tanggungjawab yang engkau akan jawab di sana nanti.
saat semua anggota menjadi saksi perbuatanmu..
Ah...terlalu jauh rasanya aku dari syurgaMu..
apalah amalanku untuk ku bawa bekal di sana
penuh dengan dosa.
penuh dengan maksiat.
penuh dengan kelalaian hati.
saat engkau diuji.
engkau bertanya.
"ah, kenapa aku yang diuji"
bongkahnya engkau.
sombongnya engkau.
tidak boleh dijentik dan disentuh oleh tuanMu.
hei.sedarlah!
Engkau itu hanya hamba.
Saat engkau senang.mewah.
Engkau lupa untuk bersyukur.
Saat engkau diuji.engkau tidak redha
Ah...sombongnya engkau pada penciptaMu...
Engkau fikir engkaulah yang paling mempunyai masalah.
paling malang.
Hei!sedarlah...kembali sebelum terlambat..........................

12 March 2013

Smart Ibadah Camp

_Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang_




Alhamdulillah, pada 8-10 April 2013 yang lalu, Bachelor of Education Students's Association ( BEDSA) menganjurkan satu Smart Ibadah Camp bertempat di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan jenazah, dan juga menghuraikan tentang konsep asas " apa erti saya menganut Islam", juga ceramah berkenaan mencontohi kehidupan Rasulullah SAW. Pada hari terakhir, para peserta mengikuti aktiviti " jungle tracking" yang disediakan oleh pihak Nur Lembah Pangsun.

Semoga aktiviti yang dijalankan dapat menambah pengetahuan peserta disamping bersedia untuk dapat juga memupuk nilai-nilai murni kepada bakal pendidik..

Em..walaupun penat ber "jungle tracking" tapi saya rasa berbaloi kerana dapat menikmati ciptaan Allah yang sangat indah...=)



Aktiviti jungle tracking pada hari terakhir program
















praktikal pengurusan jenazah










Peserta bersalaman dan membaca doa wadah










-Semoga ada manfaatnya kepada para peserta yang terlibat-

tribut buat Ustaz

_Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang_

Post pertama saya pada tahun 2013. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan selamat pulang kepada semua sahabat-sahabat dari Mesir dan Jordan yang sudh menamatkan pengajian mereka. Ada juga yang bertanya kenapa saya lama menyepikan diri, di dalam facebook, atau tidak muncul di mana-mana majlis perkahwinan sahabat-sahabat kami. saya masih wujud lagi..hehe..cuma keterbatasan waktu dan banyak perkara yang perlu diutamakan buat ketika ini meyebabkan saya tidak dapat hadir walaupun sebenarnya nak sangat pergi dan berjumpa sahabat-sahabat..Apapun, kata Imam Al-Ghazali, ukhwah dan kasih-sayang itu bukanlah terletak pada kerapnya kita berjumpa, tetapi terletak pada doa yang dikirimkan dalam setiap doanya.

Post saya kali ini berkaitan tribut buat Allahyarham Ustaz Rujihan Ghazali yang sudah pergi mengadap Allah baru-baru ini. Moga ustaz ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. amin. teringat masa sekolah dahulu, ustaz selalu dijemput untuk datang berceramah. Seringkali juga mendengar suara ustaz di IKIM dan radio Pahang.fm. Moga-moga ilmu yang disampaikan terus mengalir kepada arwah dan menjadi amal soleh untuk allahyarham.

Kata-kata ini saya copy dari sahabat saya, Mahirah..berkenaan pesanan terakhir ustaz Rujihan. Sekadar renungan bersama buat kita yang masih hidup..=)

Nukilan terakhir Allahyarham Ust Rujhan... 

“Kalau tak dapat apa yang kita suka
Sukalah apa yang kita dapat”

“Jangan sedih jika diri tidak dihargai,
Tapi menangislah jika diri tidak berharga lagi”

“Hidup ini terlalu singkat
Ia menjadi bertambah singkat
Bila kita banyak membuang masa”

“Hidup ini terlalu singkat
Malang jika kita penuhkan
Dengan sengketa dan airmata”

“Hidup tidak selalu indah
Kerana disitu terletak
Indahnya kehidupan”

ALFATIHAH