01 November 2013

Road to Khusnul Khatimah

_Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-

Hari demi hari, saya semakin kurang menukilkan sesuatu di dalam blog ini. Sibuk alasannya. Pernah juga terfikir hendak menutup blog, namun bila difikirkan mungkin juga ada orang yang mendapat manfaat apabila singgah di blog ini, saya batalkan hasrat saya. Dua tiga hari ini, banyak perkara yang saya fikirkan dan terbenam di lubuk hati. Membaca beberapa buah buku menyebabkan saya banyak berfikir...emm...banyak berfikir tentang bekal yang saya nak bawa berjumpa Allah. dihitung-hitung, dikira-kira...Allah..banyaknya yang masih saya tidak penuhi, banyak juga tanggungjawab yang tidak tertunai.

Apa yang boleh saya katakan, saya perlu merancang untuk mati. saya nak mati dalam khusnul khatimah. Pengakhiran yang baik adalah menjadi matlamat untuk semua muslim. Di dalam sebuah buku yang saya baca, Dimana Dia Di hatiku oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi, ustaz membicarakan tentang bagaimana dalam hidup ini, kita sering lupa antara tujuan hidup dan keperluan hidup. Apa dia tujuan hidup? Tujuan hidup adalah perkara yang pertama dan utama. Manakala keperluan hanya perkara kedua yang datang selepasnya.

Tujuan--mengabdikan diri kepada Allah penuh seluruh...ia adalah rasa kehambaan, takut, cinta, harap, taat.
Keperluan--makanan, pakaian, kediaman, kenderaan dan harta

Seringkali dalam kehidupan ini, kita terlalu mengejar keperluan hidup sehingga kita lupa tujuan hidup.Alangkah ruginya kita.

Bila difikir-fikir, kita sebenarnya sudah tidak ada masa yang perlu kita bazirkan, setiap waktu yang ada perlu digunakan sebaiknya. Dinukilkan dalam Al-Quran bahawa betapa ramai di akhirat kelak yang memohon dikembalikan ke dunia kerana ingin beribadat kepada Allah. Pada waktu itu, sesalan tidak lagi berguna. dan kegagalan di sana, adalah sebenar-benar kegagalan.. A true loser...

Ingat mati, ia menghidupkan hati.
Mintalah di setiap doa agar dimatikan dalam khusnul khatimah

Terangkanlah...terangkanlah
Jiwa yang berkabut langkah penuh dosa
bila masa telah tiada
kereta kencana datang tiba-tiba

Airmata dalam luka tak merubah ceritanya
hanya hening dan berjuta tanya
dalam resah dalam pasrah

Terangkanlah...terangkanlah...
hati yang mengeluh saat hilang arah
detik waktu yang memburu
detik yang tak pernah kembali padaMu

Terangilah..terangilah
bimbing kami dalam langkah
ampunilah...maafkanlah...
dosa hidup sebelum di akhir masa.

---amin---