03 November 2012

Pendekatan Kaunseling Nabi Muhammad

-Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-



Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah sempat mengikuti kelas Pendekatan Kaunseling Nabi Muhammad SAW oleh Dr Wan Mazwati, salah seorang dari Tim Hadith Psikologi..akhirnya saya berjumpa dengan apa yang saya tercari-cari selama ini, iaitu teknik yang digunakan oleh Rasulullah dalam menangani masalah emosi atau gangguan jiwa. Kita tahu Rasulullah adalah sebaik-baik Qudwah dan ikutan, setiap perlakuan, perkataan dan diam Nabi Muhammad harus kita kaji dan kita ikuti. Saya kongsikan di laman blog ini supaya apabila sahabat-sahabat membacanya, akan juga turut dapat manfaatnya. insyaAllah.

sahabat-sahabat,
Human Nature in Islam ( fitrah manusia) dalam menyelesaikan masalah rohani adalah:
1.menjaga emosi
2.mengubati jiwa ( soul) dengan perkara-perkara baik seperti solat ( spesifik) dan perkara-perkara baik yang lain.

Kaunseling Mendorong Akhlak Mulia

Pengenalan
Hadith ini adalah hadith yang paling jelas menunjukkan strategi dan prosedur bagaimana Nabi Muhammad mendorong perubahan akhlak, sikap dan tingkahlaku seorang pemuda yang sudah menyedari kesalahannya. dalam hadith ini, sangat jelas prosedur kaunseling cara Nabi Muhammad yang bertentangan dengan prosedur kaunseling ciptaan ahli-ahli psikologi Barat. Nabi Muhammad tidak menyiasat latar belakang kesalahan yang dilakukan oleh kaunselee. Fokus kaunseling Nabi Muhammad adalah memberikan penyelesaian, dan bukan juga cuba memahami kaunselee.

Analisis hadith
Pada suatu hari, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan Nabi Muhammad. Dia berkata, " saya telah bercumbu-cumbu dengan seorang perempuan di pinggir kota. "Saya sudah lakukan semuanya, kecuali bersetubuh dengannya. Sekarang saya datang ke hadapan tuan, maka hukumlah saya sebagaimana tuan mahukan."