16 June 2010

Pasir: Antara Kaca dan Tanah Liat

lelaki tidak menangis???


Perbualan hari ini bermula dengan kesugulan dan keraguan. Penuh penyesalan yang tidak keruan.

“Aji, aku nak cakap sikitla”, bisik sang teman nada keluhan.

“Kenapa? Ceritala kat aku. Meh cite meh…”, balas saya cuba menenangkan keadaan.

“Aku rasa tak bersemangatla nak bawak dakwah ni… Perangai aku tak elok, percakapan aku selalu menyakitkan hati orang…”

“Perangai tak elok? Yeke? Apa yang percakapan ko yang menyakitkan hati orang?”, terkejut mendengar aduan begitu keluar dari mulut sang adam yang sopan dan lembut orangnya…

“Tak tahulah… sedar-sedar esoknya dah tak nak kawan aku dah. Tak nak cakap dengan aku dah…”

“Aik? Perempuan ke? Terlebih sensitive kot…???”, cuba meneka dan menembak sahaja.

“Tak… Lelaki…”, ada riak kecewa dan sedih di kerut wajahnya. Saya faham benar perasaan dan jiwanya, tak sanggup memalukan dakwah dengan kekurangan dan kekhilafannya. Tidak mahu memalukan Islam dengan ketidaksempurnaan dirinya. Tetapi dia terlalu rapuh untuk itu.

Namun di suatu sisi lain kehidupan seharian…

“Apa yang mereka ingin aku ubahkan? Apa yang ingin mereka tegurkan? Mereka tidak tahu cara nabi dan sahabat bukan hanya dengan kelembutan. Setiap insan punya kegemaran, kalau tidak gemar dengan cara aku janganlah dengar apa yang aku cakapkan. Pergilah cari insan dakwah yang penuh kelembutan! Aku begini dengan matlamat dan tujuan, bukan sengaja berdondang sayang meminta pujian!”, tegas seorang teman penuh keyakinan.

“Bukan suruh jadi lembut dan tak kena cara, cuma jangan biar objek dakwah lari dari Islam kerana kekurangan dan kesilapan kita, itu sahaja…”, nasihat saya buat orang agama.


Manusia ibarat pasir.

Boleh dijadikan sekeras dan setajam kaca.

Boleh juga dijadikan selembut dan se’gemalai’ tanah liat.

Umat ISLAM umat pertengahan.

Tiada istilah ekstrimis dalam agama.

“Hari ini aku rasa lebih ‘feel’ untuk beribadat, aku mahu menambah bilangan sujud dan rakaat!”

“Kita harus berpuasa setiap hari untuk mendapat keredhaan dan ruh ilbadah yang sejati”

“Kita harus membayangkan nama-nama Allah sebelum kita menyuap makanan ke mulut supaya kita makan penuh rasa kesyukuran dan keinsafan tentang saudara-saudara kita yang kelaparan.”

“Jika kau tidak mampu menandingi cinta Allah padaku, janganlah mengharapkan cinta dari diriku”

“Nabi manusia paling agung pun beribadat dengan banyak, maka aku harus beribadat tanpa henti untuk mendapat kasih sayang Allah”

“Aku mahu berpuasa dan tidak mahu berbuka”

“Aku mahu beribadah dan tidak mahu tidur”

“Aku ingin mentauhidkan Allah dan tidak mahu kahwin”

Namun sesungguhnya nabi kita pernah bersabda,

“AKULAH ORANG YANG PALING TAKUT PADA ALLAH, namun aku juga tidur dan berkahwin, barangsiapa yang membenci Sunnahku, dia bukanlah dari kalanganku”
– riwayat Muslim.

Berlebihan didalam ‘kekurangan’ juga tidak digalakkan. Apatah lagi yang sengaja meringan-ringankan.


“Solat yang wajib je dahla, yang lain kan sunat je…”

“Tidak perlulah kita menunjukkan kebaikan, bukankah Tuhan faham niat dan keikhlasan dalaman?”

“Orang-orang Palestin tak perlukan apa-apa pertolongan, cukuplah kita hanya sedekahkan doa harian”

“Nabi kan utusan Tuhan, mana boleh lawan… Buat biasa-biasa dahla, tak payahla nak alim sangat”

“Kalau Tuhan mahukan kebaikan dan kemenangan, Tuhan mampu buat dengan sekelip mata, kita doa dan serahkan sahaja pada Dia, apa yang nak di sibuk-sibukkan…”

“Syurga neraka kan dah ditentukan, apa yang nak dirisaukan. Kalau syurga, syurga juga. Kalau neraka, neraka juga, enjoy je la kehidupan selagi ada nyawa di badan.”

“Percayalah pada Tuhan, kita pasti diberi kemenangan”


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka”
-QS 13:11

Setiap yang berlebihan itu pasti banyak keburukannya. Berlebihan dalam terasa, mahupun berlebihan dalam tidak terasa. Berlebihan dalam beramal, mahupun berkurangan dalam beramal.

Buat teman yang sedih dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, anggaplah ia sebagai peringatan dan tauladan. Mungkin ada yang ‘gentleman’ dan berdepan memberi teguran, tapi mungkin juga ada yang ‘kasar’ dan suka memerli dalam menyampaikan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan insan, perlu diingatkan dan disampaikan.

Buat teman yang tidak selesa dengan teguran tentang kekurangan dan kesilapan diri, insaflah dengan bantuan iman. Jangan biarkan syaitan merasuk pemikiran, menghasut insan bangga dengan segala kelakuan.

ISLAM AGAMA PERTENGAHAN,
Semoga kita MERENDAH DIRI dalam ketinggian ciptaan,
dan
MENINGGI DIRI dalam mencontohi insan utusan!


sumber : http://www.iluvislam.com


"Honeymoon" sebelum masanya...

Sewaktu kelas sociology berjalan, saya amat teruja dengan topik-topik pembelajaran subjek tersebut. Namun , makin lama saya belajar, semakin takut dan gerun untuk turun ke medan sebenar. Kami membincangkan tentang persoalan pelajar-pelajar di Malaysia. Dengan statistik-statistik yang dikemukakan, saya menjadi bimbang.....masalah gejala sosial yang berlaku di dalam negara kita semakin serius, pelajar-pelajar kita semakin jauh, namun saya lihat bakal-bakal guru semacam tidak cukup persediaan untuk menghadapi situasi ini. Di mana silapnya? pada silibus pendidikan kita kah?..saya masih lagi berfikir-berfikir tentang ini...Mungkin sedikit perkongsian ilmu boleh saya kongsikan dengan sahabat-sahabat semua...

( maaf layout mengalami sedikit masalah teknikal)

Year

Police Report

Arrested

2005

1931

1221

2006

2431

1554

2007

3098

2061

2008

3409

2261

2009

3626

2301

TOTAL

14,495

9,398


kes Rogol

Source : The star

20 April 2010

( Parliament Malaysia )

(20 April 2010), Parliament Malaysia)







Year

No. of cases

Police report

2005

294

204

2006

332

217

2007

360

247

2008

334

232

2009

385

251

TOTAL

1,705

1,151




Sumbang Mahram

Source : The star

20 April 2010

( Parliament Malaysia )











Kes Kelahiran luar nikah ( out of wedlock child birth)

1999 – 2003 = 70,430 (44% -Muslim)

2000 – JULY 2008 = 257,000

(average: 2,500/month @ 84/day)


16 pelajar dikesan hamil luar nikah


KUALA TERENGGANU: Enam belas pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di bandar raya ini dikesan sedang mengandung, manakala empat sudah melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelaki mereka sejak setahun lalu.

(Berita Harian: 03/06/2010)


Pembuangan bayi ( Abondenment of babies)


2005 – 2010 = 407 cases

Sarawak, 2001 – 2010 = 83

(only 30 was found alive)


kemuncaknya adalah gejala pembuangan bayi yang senakin serius dari hari ke hari...

Berikut adalah artikel daripada i luv islam...


Dewasa ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari kita dijamukan dengan berita yang menyedihkan, kes buang bayi. Bunuh bayi. Campak bayi. Bakar bayi. Tanam bayi. 'Flush' bayi dan macam-macam hal lagi yang tidak terfikir dek akal.

'Hebatnya' akal ciptaan Allah namun mengapa manusia sering menyalahgunakannya?

Mana perikemanusiaan?

Mana rasa takut dan gentar kepada hukuman-hukuman Tuhan?

Mana perasaan belas?

Allahurabbi.

Mungkin bukan perkara baru. Buang bayi sudah lama sinonim dengan masyarakat kita. Namun apa yang kian menyedihkan adalah kerana kebelakangan ini, masalah keruntuhan moral ini kian merebak dan menular ke dalam masyarakat kita, ibarat barah yang tidak mampu dikawal, menyelinap dan melibatkan pelbagai lapisan umur.
Menakutkan. Banyak kes buang bayi melibatkan remaja bawah umur. Apatah lagi mengandung anak luar nikah. Astaghfirullahalazim. Apa sudah jadi. Apa nak jadi?

Mana salahnya, mana silapnya?


Adakah kerana silap kita sebagai masyarakat yang tidak cakna dan bersikap tidak ambil peduli? Merujuk kes kanak-kanak yang didera sampai mati. Bukankah ibunya bersekedudukan dengan kekasihnya ketika suaminya dipenjara? Apakah masyarakat terutama ibu bapa kepada wanita tersebut tidak pernah ambil kisah? Bersikap tidak peduli dan lepas tangan? Itu baru satu contoh, sedangkan disekeliling kita, banyak lagi kes-kes yang lebih kurang serupa. Apa peranan kita sebagai masyarakat dalam usaha membanteras gejala masalah sosial yang makin memburuk?

Remaja (kanak-kanak) berusia semuda 13 tahun juga buang anak!


Bayangkan, adik-adik kita di rumah, anak-anak kita yang berbaju kurung bertudung putih ke sekolah, sopan dan manis sekali, tapi hakikatnya mereka terdedah dengan pelbagai kemungkinan. Jangan terlalu yakin bahawa anak-anak dan adik-adik kita itu kekal selamanya bebas dari anasir-anasir jahat? Jangan terlalu berpuas hati dan percaya kepada mereka bulat-bulat.

Kadangkala, perasaan ingin tahu, curiga dan syak wasangka itu perlu. Luangkan masa, siasat dengan siapa anak kita berkawan. Periksa beg sekolah anak-anak. Jika ada handphone tengok senarai nama dalam telefon anak-anak. Periksa apa ada dalam hanphone anak-anak. Selidik ada apa dalam bilik anak-anak. Itu tanggungjawab ibu dan bapa, sebagai usaha mencegah sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan dan setiap dari kita harus sentiasa berhati-hati.

Mungkin hari ini kita bertudung labuh, tidak pernah bergaul dengan lelaki apatah lagi berzina. Tapi tahukah anda? Bukan perkara mustahil, malahan di IPTA juga kita sering 'dikejutkan' dengan kes gadis bertudung labuh ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki. Na'uuzubillah.

Bukan niat saya ingin memburuk-burukkan mereka yang bertudung labuh, atau berkopiah (baik budi pekerti). Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, kita manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan dan nafsu jahat. Jangan mudah berpuas hati dengan amalan yang kita ada. Jangan terlalu yakin dengan 'tahap keimanan' kita. Paras keimanan kita sentiasa berubah-ubah, ada naik dan turun. Mungkin hari ini kita terpelihara oleh-Nya dari sebarang kemungkaran tapi esok lusa siapa tahu? Mungkin juga kita menjadi hamba nafsu dan syaitan. Na'uuzubillah.

Oleh yang demikian. Teruskanlah dan kekalkanlah. Sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Jangan biarkan diri terdedah apatah lagi terjebak dalam gejala zina. Perbuatan haram yang dilarang oleh Allah pastinya bersebab. Namun begitu, kita manusia sering merasa 'lazat' ketika memilih yang haram.

Mengapa dan kenapa terjadi begitu?


Apakah kerana ketika melakukan kemungkaran syaitan ikut sama?


Bergembira dan bersorak sorai?


Jadi dengan itulah kenikmatannya berganda-ganda?


Bahagiakah hati jika menjadi hamba dan sahabat syaitan?


Bahagiakah jiwa yang dicipta oleh Sang Pencipta dengan kenikmatan yang sementara itu?





Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila? Sedangkan mati bila-bila masa saja akan datang berkunjung. Layakkah kita mencium haruman syurga apatah lagi menjadi penghuni syurga jika kita mati dalam kemungkaran? Cukup kuatkah kita untuk diseksa dan diazab di neraka? Na'uuzubillah.

Bersyukur jika kita tidak pernah terjebak dengan zina. Dan seandainya kita sudah atau telah terlibat, segerakanlah bertaubat. Jangan bertangguh. Mohon ampun dan kemaafan dari-Nya.

Ramai orang (merujuk kepada thread-thread yang dibuka di iluvislam.com) risau dan runsing memikirkan masa depan, siapa yang sudi mengambil diri sebagai isteri. Bagaimana penerimaan orang akibat daripada keterlanjurannya. Dan ramai yang lupa, hidup di dunia cuma sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.

Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Bertaubatlah, mohon ampun dari Allah. Selebihnya, serahkan kepada Dia untuk tentukan jalan hidup kita. Moga-moga ada sinar bahagia menanti di hadapan, tapi usah terlalu berharap. Andai kebahagiaan selamanya tidak menjadi milik kita di dunia, berbaik sangka, mungkin Allah ingin terus menguji dan mungkin juga Allah sedang 'menyucikan' kita dari dosa-dosa silam. Biarlah sengsara di dunia yang sementara, asalkan di negeri abadi kelak, syurga menjadi tempat kita mengutip bahagia.

Mari. Sebagai mereka yang cakna dan peduli tentang nasib ummah, masyarakat sekeliling kita. Ayuh. Kita berganding bahu, membantu selagi termampu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan dan kewajipan untuk menjauhi dan mencegah zina.



Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya. Ketahuilah, persetubuhan antara lelaki dan wanita juga merupakan antara nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Namun janganlah kita kotorinya dengan memilih untuk berzina. Bersabar dan pelihara diri dan kemaluan. Tunggu masa yang betul untuk melunaskannya. Yakni selepas nikah.

Jangan mengambil mudah soal dosa dan pahala kerana akibatnya buruk, hanya Allah yang lebih tahu. Jangan beri peluang kepada syaitan untuk menggoda dan menghasut kita melakukan kemungkaran. Sesungguhnya syaitan itu benar-benar licik dan berpengalaman dalam menyesatkan umat manusia. Marilah kita saling mengingatkan.. Moga Allah melindungi kita dan seluruh muslimin dan muslimat.

Ingat mati. Ingat mati. Ingat mati. Dunia hanya sementara. Mati itu pasti. Akhirat itu kekal abadi.

www.iluvislam.com
Oleh : Hasniza Ibrahim
Editor : almusafirq8